BENARKAH CINTA

Bab 1

CINTAKAH ini? Dian Aryanti tidak pasti. Tetapi apabila melihat matanya yang redup itu, hatinya mula berdebar-debar. Mata itu seperti mengamit Dian Aryanti untuk mengatakan ‘Aku Cinta Padamu”.

Ahh! Gila, baru seminggu berjumpa sudah jiwang karat seumpama ini. Nanti tak pasal-pasal dikatakan angau tak bertempat. Belum kenal hati budi sudah bercakap soal cinta. Soal perasaan. Soal hidup berdua. Tak ke mengarut namanya tu?

Ahh… pedulikanlah! Dian Aryanti cakap yang benar. Kalau dia rasa Dian Aryanti tak betul, lantaklah. Itu bukan masalah. Soalnya Dian Aryanti bercakap tentang apa yang dia rasa. Terserah padanya. Janji dia tahu Dian Aryanti suka pada dia. Janji dia tahu Dian Aryanti suka mata dia. Janji dia juga tahu Dian Aryanti suka bibirnya yang seksi itu.

“Kita macam dah kenal lama, kan?

“Ngape lak awak kata macam tu?”

“Yalah, mulanya satu takut juga nak jumpa dulu. Memanglah dalam whatsap nampak mesra, tapi bila dah jumpa jadi lain pulak?”

“So, dah jumpa ni, ada saya lain?’

“Awak okey, selamba, sempoi dan peramah. Saya senang dapat kenal awak!”

Senang? Hmmm… itu permulaan yang baik. Dia kata dia senang dengan aku? Nampak gayanya Dian Aryanti tidak bertepuk sebelah tangan. Ops, jangan lebih-lebih. Mungkin rasa senang itu hanya sekadar mengambil hati. Maklumlah, baru berjumpa semuanya indah belaka. Belum tunjuk warna sebenar.

“Awak bintang apa?”
“Kenapa tanya tentang bintang saya?” “Saja… nak tengok kita serasi ke tak?” “Oh… yak e? Saya Saggitarius!”

Alamak, samalah pula bintang dengan Dian Aryanti. Ini petanda kedua yang baik. Saggitarius dengan Saggitarius memang serasi. Sekepala.

“Boleh saya tengok tangan awak?” “Nak buat apa ni?”
“Bagi ajalah.”
“Awak nak tilik tapak tangan ke?”

Dian Aryanti mengambil tisu. Dengan selamba dia memegang tangan yang dihulurkan. Dalam hati bersorak riang. Walaupun beralaskan tisu, hati tetap bersorak riang. Wah, dapat pegang tangan dia la!

“Apa yang awak nampak?
“Tak ada apalah. Saja tengok!”
“Eh, betul ke ni? Cuba awak tengok betul-betul?” “Awak dah tak teruna, kan?”

“Ada ke situ pulak dia. Kita masih teruna suntilah,” balasnya dengan wajah merah padam. Menahan malu. Menahan rasa terkejut dengan jawapan sepontan Dian Aryanti.

“Yalah tu…” usik Dian Aryanti lagi. Dia seronok tengok wajah yang disenanginya itu merah bercampur malu.

“Tak caya ke?

Dian Aryanti hanya senyum. Rasa ingin ketawa melihat lelaki itu menggelabah. Terasa lucu lihat matanya yang redup dan romantik merenung sayu. Seolah memohon pengertian agar hentikan gurauan.

“Tapi, awak kahwin tak anaklah,” Dian Aryanti menekan-nekan nadinya. Inilah amalan yang selalu dia lakukan masa kecil dahulu. Tepuk tapak tangan. Selepas itu digenggam. Kemudian tekan di nadi. Kononnya nanti dapat berapa orang anak!

“Eh, janganlah macam ni… takkan tak ada anak. Ini barang baik tau. Cuba tengok kanan pula?” Dia menghulur tangan sebelah lagi.

“Ada dua orang. Okeylah tu,” jawab Dian Aryanti apabila melihat dua benjolan kecil timbul ketika dia memicit nadi lelaki itu.

Dia menarik nafas lega. Cutenya dia dengan wajah leganya itu!

“Awak minat Dato’ Siti Nurhaliza?”

“Minat juga!”

Petanda ketiga. Peminat Siti juga la. Sama macam Dian Aryanti. Peluang semakin cerah. Lampu masih hijau.

“Nanti kita tengok wayang, ya? Hari ni tak sempatlah. Saya ada kerja sikit.”

“Tak apa, masih banyak lagi waktu untuk kita jumpa, kan?”

Hmmm… romantik juga dia ni? Eh, itu kan sikap orang yang berbintang Saggitarius! Penyayang dan sanggup buat apa saja demi yang tersayang. Setia dalam cinta lagi tu.

Malam, Dian Aryanti tak dapat tidur lena. Tiba-tiba dia hantar mesej. Katanya rindu! Benarkah apa yang Dian Aryanti baca ini. Cinta sudah berputik ke?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart