FRONTLINER: SEBUAH KEGAGALAN YANG TRAGIS

Saya sebenarnya teruja untuk menonton filem ini semenjak diwar-warkan tayangan di Netflix. Maka naluri mengharapkan kalau tidak setara cerita genre perubatan seperti ER, Good Doctor maupun Hospital Playlist, biarlah Frontliner karya Malaysia ini berada dalam kelompok wajib tonton atau mampu dibanggakan.

Kita sedar betapa tugas dan tanggungjawab Frontliner semenjak virus covid-19 ini begitu mencabar. Pelbagai cerita suka duka pahit kelat didengari dan diluahkan serta ditonton. Justeru Frontliner wajar berdiri mewakili barisan frontliner yang berjuang tanpa henti sehingga kini.

Namun saya berasa amat kesal, kecewa dan stress ketika menonton Frontliner. Sepuluh minit pertama tayangan saya sudah resah dan tercari hala tuju filem ini.

Sehingga habis tayangan saya tidak sedar berapa kali saya terlelap. Barangkali kerana bosan namun tetap ingin tahu kesudahan maka saya gagahkan diri. Kalau ikutkan rasa hati memang sudah lama dimatikan tayangan yang bagi saya tidak sepatutnya begitu lakon layarnya. Ianya sebuah filem yang gagal total dari semua segi.

Kelemahan utama filem ini adalah skrip yang lemah. Olahan arahan yang gagal. Sinematografi yang biasa-biasa. Cerekarama TV3 rasanya lebih baik. Dan bila meletakkan Beto dan Azhan Rani sebagai teraju utama, yang dikatakan barisan pelakon Hebat Malaysia tetap juga gagal untuk menjiwai watak masing-masing.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar tentang Frontliner. Cukup sekadar ianya tidak mampu memberikan impak emosi dan perjuangan para Frontliner kita. Anda tontonlah sendiri dan nilaikan sejauhmana gagal atau berjaya Frontliner ini.

Kesimpulan, Frontliner sebuah filem yang gagal tragis. Kalau saya jadi Frontliner, sayapun sedih,sakit hati dan terkilan dengan garapan Frontliner versi Malaysia ini.

Untuk itu saya berikan Satu Bintang untuk Frontliner.

#frontliner #Netflix #StailistaGlamz2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart