TULEN ATAU TIDAK, ITU HAK!– QAIYUM

Logo : Lelaki Stailista
H : Tulen Atau Tidak, Itu Hak! – Qaiyum

Khairil Qaiyum Mohd Aisha, 31 sudah enam tahun berkecimpung dalam dunia model . Beliau yang memiliki ketinggian 187cm ini datang ke studio Stailista Glamz untuk berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar model dan pelakon.

Anak kelahiran Johor Bahru ini turut mengakui cabaran terbesar semenjak penularan wabak covid-19 adalah segala aktiviti pertunjukan fesyen, fotografi dan segala yang berkaitan dengan dunia model terhenti. Ianya sedikit sebanyak menyukarkan beliau memandangkan punca pendapatan beliau berpunca dari bidang tersebut. Namun begitu beliau realistik dengan situasi sekarang ini dan sentiasa mencari peluang baru untuk mencari punca pendapatan.

Ketika ditanya pandangan sesetengah orang yang melihat dunia model adalah dunia yang kurang berdaya saing, Qaiyum melihat pandangan itu hak individu. Baginya apa kerjayapun tetap ada cabaran dan dugaan. Yang paling penting bagaiamana seseorang itu mengendalikan kerjaya mereka.

“Ada juga yang mengatakan lelaki yang join bidang ni dia lelaki yang ‘sesuatu’. Itu saya tidak nafikan tetapi bagi saya itu hak masing-masing. Tak kira siapa anda, sekiranya anda layak bergelar model anda boleh lakukan. Saya lelaki tulen. Jadi saya tidak peduli dengan anggapan remeh mereka itu. Saya sekadar mengembangkan bakat yang saya ada.” Jelas Qaiyum selamba.

Bagaimana pula dengan tajaan dari pihak tertentu?

“Saya tidak nafikan ada yang menawarkan tajaan seperti itu. Tetapi saya bukanlah seseorang yang suka ditaja apatah lagi dengan kongkongan serta perkhidmatan seksual sebegitu. Saya senang berusaha sendiri. Kalau ingin membantu pun saya lebih suka mereka menjadi pengurus saya. Pengurus akan mencari peluang kerjaya untuk saya. Itu lebih berbaloi untuk saya,”

Nasihat untuk remaja yang ingin bergelar seorang model?

“Bidang ini agak struggle, perlu kesabaran yang lebih, usaha gigih dan displin perlu diutamakan. Ianya termasuk juga bagaimana menjaga keterampilan diri agar menepati kehendak client. Antara yang manis menceburi bidang ini adalah bila mendapat offer yang lumayan , tetapi tidak kurang juga bila ada payment yang agak lambat dan sukar dipenuhi meskipun job yang diberikan kita sudah selesaikan sebaik mungkin. Tetapi secara keseluruhan saya enjoy dengan bidang ini dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam apa juga job yang diberikan. “

5 Fakta Menarik Tentang Qaiyum

  • Tak makan sushi

  • Hobi: jogging dan menonton

  • Meminati Aaron Aziz dan Faizal Tahir

  • Top Agent Daging Harimau Menangis – 01140553477

  • Instagram : @khairil_qaiyum

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart