VITAMIN C – SUPLEMEN ATAU BUAH?

Vitamin C – Suplemen atau Buah Lebih Kualiti?

Vitamin C antara vitamin yang popular dan menjadi pilihan sebagai agen kesihatan serta kecantikan. Justeru keberkesanan dan kemujaraban vitamin C sentiasa diperkatakan dan dipromosi sehingga adakalanya terdapat percanggahan mitos dan fakta.

Ada yang mengatakan perlu mengambil vitamin C dalam kuantiti yang besar untuk kesan yang lebih berkesan, tidak kurang juga mengatakan hanya dengan menikmati buah-buahan sudah memadai.

14 fakta di bawah ini penting untuk diketahui jika anda ingin kosumi Vitamin C:

  1. Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan vitamin yang mudah larut. Ianya boleh diperolehi daripada buah-buahan dan suplemen kesihatan.

  2. TubuhbadantidakmenghasilkanvitaminC.Pengambilanyang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing, justeru pengambilan dos yang bersesuaian dengan rujukan dari pakar perubatan amatlah perlu agar pengambilan vitamin C tidak mengganggu kondisi tubuh.

  3. KeperluanutamavitaminCbertujuanuntukkesihatan,merawatdan agen awet muda. Pengambilan yang berterusan akan membentuk kolagen, mempertingkatkan imuniti tubuh dan memudahkan penyerapan zat besi.

  4. Buah-buahanadalahagenutamavitaminC.Antarabuah-buahanyang perlu diambil untuk merasai jumlah vitamin C yang berkesan adalah oren, mangga, anggur, kiwi, jambu batu, delima dan durian belanda. Sementara tomato, bayam dan brokoli antara sayur-sayuran yang memiliki kandungan vitamin C yang besar.

  1. KolagendidalamvitaminCmampumenjadikankulitanjal,sihat,putih dan berseri. Untuk kesan yang lebih berkesan, ambillah suplemen kesihatan berbanding buah-buahan.

  2. Masalahpenyakitsepertisakitsendi,anemia,scurvydapatdiatasi dengan pengambilan vitamin C. Jika anda ada masalah gusi dan gigi, vitamin C juga pilihan terbaik.

  3. Jumlah vitamin C yang diperlukan untuk setiap hari adalah diantara 75mg – 500mg berdasarkan keperluan tubuh.

  4. Sebiji buah jambu batu mengandungi 206mg vitamin C manakala sebiji oren mengandungi 59mg – 83mg vitamin C

  5. Memilikiciri-ciriantioksidayangdikatakanmampumengelakkan penyakit seperti kanser maupun gejala ringan selesema.

10.Pengambilan vitamin C secara berlebihan sehingga 2000mg akan menggangu fungsi buah pinggang dan tanpa sedar akan merosakkannya. Masalah batu karang dan cirit birit juga akan berlaku sekiranya vitamin C diambil dalam dos yang tinggi.

11. Untuk ibu yang mengandung, menyusu atau mereka yang alah dengan vitamin C, golongan ini tidak digalakkan mengambil vitamin C.

12.Keberkesanan vitamin C akan berkurangan jika anda seorang perokok, gemar minum kopi, teh, air kelapa dan alkohol,

13.Suntikan vitamin C bersama Glutatione dan kolagen bertujuan untuk memutihkan kulit dan keanjalan kulit masih belum dapat dipastikan keberkesanannya.

14.Sentiasa bertanya kepada pakar perubatan atau pakar farmasi untuk rujukan vitamin yang ingin anda amalkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart