Jenama kasut Hilman Authentic memberikan gaya berbeza dalam penampilan anda. Anda akan serta merta tinggi sebanyak 7 cm setelah memakainya. Menarik bukan? Kita dekati pengasasnya Hilman untuk berkongsi visi dan pengalaman dalam meletakkan Hilman Authentic sebaris jenama antara bangsa.
Rahsia di sebalik nama Hilman Authentic?
Saya selalu berimpian untuk mempunyai label design fashion dengan nama sendiri. Tapi ia haruslah melambangkan ciri-ciri mewah dan antara bangsa. Idea nama Hilman Authentic adalah inspirasi daripada nama saya sendiri dan Authentic melambangkan keaslian serta mutu produk.
Kelebihan jenama Hilman Authentic?
Kasut Hilman Aunthentic direka khusus bagi memberi penyelesaian kepada golongan kurang ketinggian. Baik lelaki ataupun perempuan untuk mereka lebih bergaya. Rekaan khas kepada insole increaser memberikan ketinggian serta merta sebanyak 7 cm kepada pemakai. Apa yang menariknya, ia nampak sama seperti kasut normal yang lain. Dan orang disekeliling anda tidak dapat membezakannya.
Bagaimana cabaran untuk memperkenalkan jenama anda ini?
Cabaran awal adalah persepsi negatif masyarakat apabila saya menimbulkan cadangan untuk mewujudkan jenama kasut Hilman Authentic. Mereka berpendapat ianya sekadar impian kosong seorang anak muda. Secara peribadi, bukan salah masyarakat untuk menilai dari ruang negatif kerana kos permulaan industry kasut adalah sangat tinggi, apatah lagi untuk untuk rekaan kasut rekaan khas yang mampu meningkatkan ketinggian. Ia memerlukan acuan khas “mould”untuk membentuk potongan kasut yang kita mahu hasilkan.
Tetapi saya nekad untuk menjayakan impian ini walaupun kegagalan menanti di hujung garisan. Alhamdulilah, kasut Hilman Authentic mendapat tempat di hati penggemar fesyen terutama lelaki. Maka berbaloilah risiko dan kritikan masyarakat yang saya dapat dulu.
Ada pihak yang memandang rendah pada produk tempatan, komen anda?
Saya lebih gemar melihat pekara ini dalam konteks positif. Trauma masyarakat terhadap barangan buatan Malaysia telah menjadi stigma normal pada masa kini. Kita tidak harus meletakkan kesalahan ini seratus peritus kepada penerimaan negative masyarakat tetapi harus melihat balik sejauhmana usaha pengasas produk menjaga jenama dan kualiti barangan mereka. Pekara asas yang harus kita kaji ialah dari segi penjenamaan. Dengan penjenamaan yang hebat saya yakin penerimaan masyarakat akan tidak berbelah bahagi sepertimana yang mereka lakukan pada jenama mewah dan berkualiti buatan luar.
Sebagai usahawan, apa prinsip anda dalam mencipta kejayaan?
Prinsip yang selalu saya tanam dalam perjalanan sebagai seorang usahawan adalah sentiasa meletakkan sifat inovatif di dalam diri. Jadikan setiap masalah masyarakat di sekeliling anda sebagai peluang untuk menukarnya menjadi sumber pendapatan kita dalam bidang keusahawanan. Jangan mengambil jalan mudah dengan hanya meniru bulat-bulat produk orang lain. Mesti ada ‘Unic Selling Proposition” USP dalam sesuatu perniagaan.
Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan?
Berpengetahuan, Kreatif, Yakin.
Biodata :
Nama : Muhammad Nor Hilman Mohd Yatim Umur : 33 tahun.
Asal : Shah Alam, Selangor
Kerjaya : Usahawan
Instagram : @hilmanauthentic Facebook : M.N.Hilman