CERITA BUAH, EJAKULASI DAN PROSTAT

Lelaki juga ada ragam dan cerita tersendiri. Daripada kehidupan sosial sehinggalah pekara peribadi, banyak isu tentang lelaki diperkatakan. Masalah seksual adalah punca utama. Tips di bawah ini adalah antara permasalahan yang sering menjadi perdebatan dan panduan.

BUAH PEMBANGKIT SEKSUAL

  • Pisang – Memiliki kandungan Potassium yang cukup tinggi untuk membangkitkan libido lelaki. Vitamin B nya mencetus tenaga di dalam tubuh sehingga aktiviti ranjang menjadi sempurna.

  • Aprikot – Kaya dengan folic asid, postassium dan vitamin B yang baik untuk meningkatkan keinginan seksual.

  • Tembikai – Mengandungi sitrulin dan asam amino yang melancarkan peredaran darah.

  • Nenas – Memperbaiki jumlah dan kualiti sperma yang cair.

  • Strawberry – Kaya dengan kandungan zinc sehingga mampu

    membangkitkan nafsu.

  • Anggur – Sudah terkenal sejak zaman Yunani kuno sebagai

    buah kesuburan kerana kandungan vitaminnya mampu

    mempertingkatkan kehebatan lelaki di ranjang.

  • Buah Delima – Digelar buah cinta yang cukup hebat untuk

    mereka yang kurang bernafsu.

    EJAKULASI PRAMATANG

    Jika anda mengalami masalah cepat ‘pancit’ di ranjang, itu petanda mengalami masalah ejakulasi pramatang. Ianya perlu diatasi segera demi kerukunan rumah tangga dan kebahagiaan suami isteri. Teliti tips ini untuk dipratikkan.

  • Lebihkan hubungan intim – Kerap melakukan hubungan intim merupakan salah satu latihan memperbaiki kelemahan anda di ranjang. Bak kata orang, selalu berlatih pekara yang sama, maka anda akan cepat mahir dan sekaligus boleh mengatasi masalah yang melanda. Ianya juga boleh meningkatkan keakraban sesama suami isteri. Secara psikologinya akan membantu penyembuhan ejakulasi pramatang secara berperingkat.

  • Latihan Senaman Kagel – Senaman Kagel adalah senaman otot punggung. Ianya seperti mengemut yang boleh dilakukan dalam apa situasipun. Bertujuan memperkuatkan otot pubococcygeus atau dikenali dengan otot PC. Cara melakukan senaman Kagel ini boleh dilakukan dengan mengemut otot bahagian bawah untuk saluran kencing dan bertahan selama 10 saat. Sentiasalah berlatih. Anda akan merasa kelainan pada ejakulasi anda selepas ini.

  • Masturbasi sebelum Seks – Cara mengatasi ejakulasi pra matang juga boleh dengan melakukan masturbasi atau onani terlebih dahulu. Ianya bertujuan memperlambatkan ejakulasi pada setiap kali anda melakukan hubungan seks.

  • Menggunakan Kondom – Masalah ejakulasi pramatang juga disebabkan zakar cepat sensitif dengan rangsangan. Penggunaan kondom adalah cadangan yang sesuai untuk menghalang rasa sensitif dan cepat terangsang. Berbincanglah dengan pasangan anda, kerana ada sesetengahnya kurang selesa apabila melakukan hubungan dengan menggunakan kondom.

  • Komunikasi Kasih Sayang – Sentiasalah berkomunikasi antara suami isteri. Jangan pendam sendiri-sendiri. Komunikasi secara baik adalah bila lelaki boleh berbincang dengan si isteri bagaimanakah posisi atau gerakan yang baik untuk

menghasilkan hubungan intim yang selesa untuk kedua belah

pihak.

  • Bernafas Dengan Tenang – Rasa gelojoh dan mudah

    terangsang antara punca anda cepat ejakulasi. Sentiasa tenang dan rilek ketika bersama pasangan. Jika terasa ingin ejakulasi beri tumpuan pada cumbuan biasa agar anda mampu menenangkan gelora rangsangan anda itu. Bernafaslah cara betul. Ketika anda menahan nafas anda selama tiga saat setelah menghirupnya kemudian melepaskannya secara perlahan melalui mulut. Oksigen yang berada dalam darah anda akan semakin banyak sehingga akan menyebabkan otak melepaskan endorphin dan mencipta mood tenang di dalam tubuh serta menghilangkan stress di otak.

  • Maju dan Berhenti – Cara mengatasi ejakulasi pramatang secara tradisi dapat diumpamakan seperti anda mengemudi sebuah kenderaan. Ini merujuk kepada kaki anda menginjak pedal minyak dan sebelah lagi menginjak pedal brek. Caranya adalah dengan mengeluarkan seluruh zakar anda dari dalam faraj isteri anda ataupun menekan pangkal zakar anda tatkala anda akan mengalami ejakulasi.

    • Menggunakan Pil Herba -Penggunaan pil atau ubat herba tradisi mampu mengatasi masalah ejakulasi pra matang. Tetapi pastikan pila tau ubat tradisi atau moden tidak mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan.

    KANSER PROSTAT

    Musuh nombor satu lelaki. Ianya merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

    Peringkat awal kanser prostat tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan.

Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat. Ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Fakta Penyebab Kanser Prostat:

  • Lelaki yang berusia lebih 50 tahun. Dan lebih daripada 80% kanser prostat terjadi pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

  • Keturunan . Jika ada ahli keluarga yang mengalami kanser prostat, risiko mendapat kanser prostat adalah tinggi.

  • Paras hormon testosterone yang tinggi mungkin mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

    Tanda-tanda Kanser Prostat :

  • Kencing tak lawas.

  • Kerap kencing terutama pada malam hari.

  • Sakit atau pedih sewaktu membuang air kecil.

  • Sakit ketika ejakulasi.

  • Darah dalam air kencing atau mani.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart