Karyanya yang berkonsep sering menarik perhatian. Setiap apa yang dilensakannya ada cerita tersendiri. Kita dekati Tengku Azri untuk menyelami visi dan impiannya bergelar jurugambar.
Siapa anda sebelum terlibat di dunia fotografi?
Seorang jurutera dalam bidang elektrik sehingga sekarang.
Mengapa fotografi menjadi pilihan?
Sebenarnya, saya meminati bidang fotografi ni secara tidak sengaja. Pada Januari 2014, saya putus cinta dengan teman wanita saya, so saya ken acari satu hobi yang boleh menghilangkan kenangan bersama. Saya lantas membuat keputusan untuk membeli satu camera brand Canon 6D (sampai sekarang masih pakai) dan pilihan saya itu tepat. Sejak saya sentuh kamera, saya tidak lagi memikitkan kisah perit percintaan saya
Kepakaran anda lebih kepada…
Conceptual style dan lebih kepada wide portrait. Siapa inspirasi anda dalam dunia fotografi?
Dalam bidang wedding, inspirasi saya ialah Keda.Z photography. Untuk conceptual , inspirasi saya Benjamin Wong @Van Wong.
Cabaran terbesar disepanjang terlibat dengan dunia fotografi?
Cabaran terbesar sebagai seorang jurugambar adalah Idea. Untuk create satu yang unik dan berlainan. Idea adalah yang paling penting dan memberi cabaran.
Momen terindah?
Dapat berjumpa dan belajar dengan idola dalam dunia fotografo iaitu Von Wong dan Keda Z Feng.
Siapakah selebriti atau ikon yang ingin anda fotografikan, mengapa?
Tiada. Saya hanya suka create gambar yang berkonsep. Saya hanya perlukan model yang sesuai untuk create masterpiece.
Prinsip anda dalam kerjaya fotografi?
Saya selalu menekankan sesiapa saja yang bertanya.. teamwork adalah paling penting, Yang kedua adalah masa. Tepati masa adalah wajib.
Biodata :
Nama penuh : Tengku Azri Che Ku Sulong Umur : 36 tahun
Asal : Terengganu
Facebook : Tengku Azri
Instagram : @tengku_dloven