FANTASIA EGGIE JASMIN

DIBAWAKAN secara eksklusif dar Tanah Seberang, pereka muda berjiwa antarabangsa, Eggie Jasmin tampil dengan rekaan memukau lagi mempesona. Penuh inspirasi fantasia merobek naluri.

Siapa inspirasi anda dalam dunia fesyen?

Guopei dan Alexander McQueen.

Mengapa memilih bidang fesyen?

Dunia fesyen mampu merealisasikan imaginasi yang selama ini hanya menjadi antara impian semasa kecil yang dihidupkan di dunia nyata.

Signature atau trademark anda?

Yang utama couture, lebih menekankan pada perincian eksklusif, buatan tangan dan kerja kraf yang memukau.

Momen indah di sepanjang terlibat dengan dunia fesyen ini?

Saya terlibat dalam pembuatan poster ikon Indonesia Film Festival 2015 di Melbourne, Australia skala international. Terlibat dalam pembuatan Billboard Campaign Indonesia Craft Exhibition Skala Nasional bersama Bank Negara Malaysia. Partisipasi dalam pembuatan Nasional Costume Indonesia Miss Asian di Ajang Internasional yang diselenggarakan di Thailand bertema “ Legong Gandrung’ gabungan budaya Banyuwangi dan Bali. Supporting Nasional Costume untuk Adventure Documentary Festival 2016 : The Ancient Mataram Expedition : Ratu Shima With Indonesian Actress Prisia Nasution.

Cabaran terbesar untuk menempatkan nama anda sebagai pereka fesyen top di Indonesia maupun Asia?

Setiap kerjaya ada cabarannya. Tetapi menurut saya, biarlah ianya mengikut situasi. Let it flow dan dalam waktu yang sama terus melahirkan karya masterpiece terbaru.

Konsep rekaan anda cukup unik dan berkonsep, apa yang ingin anda pamerkan?

Melalui rekaan kostum, yang lahir daripada idea cerita Indonesia Heritage Story, saya cuba untuk mengangkat karakter Eggie Jasmin Indonesia itu sendiri.

Siapa selebriti yang anda ingin mengayakan busana anda?

Lady Gaga.

Rahsia kejayaan anda?

Ikhtiar dan doa.Doa daripada orang tua, mamah dan rakan-rakan yang menyayangi dan menyokong saya selama ini. Dan kritikan daripada mereka yang berminda negative adalah pemangkin menaikkan semangat untuk melahirkan rekaan terbaik dan memukau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart