KEDUANYA kami ketemukan dalam satu fotografi dua tahun lalu. Waktu itu telah jelas ura-ura percintaan keduanya telah terjalin. Namun begitu, baik Adam maupun Sweet masih berteka teki dengan hubungan mereka itu. Mereka lebih menyerahkan pada pandangan setiap daripada kita untuk menilai sendiri tentang ‘erti’ perhubungan itu.
Stailista berjaya menyatukan keduanya. Ini adalah julung kali fotografi yang menyatukan keduanya secara eksklusif. Ternyata bagai digembar gemburkan, saya melihat sendiri tentang ada ‘sesuatu’ dalam hubungan itu.
Saya mengenali Adam Lee atau nama penuhnya Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee ketika dia sedang bertatih mencari tapak dalam bidang model dan lakonan. Waktu itu dia menggunakan nama komersil Arif Adam.
Lahir 26 Oktober 1994, Adam sebelum popular dan selepas terkenal masih orang yang sama. Peramah, menghormati dan gemar tersenyum. Rasanya itulah tarikan istimewanya sehingga hati Sweet terpikat dan terus setia sehingga kini.
Farhanna Qismina Supandi atau nama komersilnya Sweet Qismina siudah memulakan kerjaya seninya sejak zaman remaja lagi. Beliau sudah masak benar dengan cabaran bergelar anak seni. Menurut Sweet untuk terus relevan dalam bidang ini, semangat, kesabaran itu adalah pekara paling penting. Tiada istilah mengalah jika ingin terus berjaya.
Membaca catatan Sweet sempena hari jadi Adam ke 27 lalu, jelas kelihatan ‘kemanisan perasaan’ pasangan pelakon popular ini dalam menghargai kasih sayang antara mereka. Sweet datang
membuat kejutan di lokasi pengambaran Adam dengan membawa kek.
“Rushed from my set to his just to make a surprise for him. Happy Birthday, Tunang. – Sweet Qismina
Thank you sayang – Adam Lee
Keduanya selamat ditunangkan pada 24 Oktober 2021, sekaligus melengkapkan perjalanan cinta selama tiga tahun yang penuh warna warni. Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ke 25 Sweet Qismina.
Trampil dengan persalinan rona biru, keduanya segak bergaya dalam meraikan detik baru dimensi perhubungan mereka. Baik Sweet dan Adam mengharapkan permulaan baru untuk perhubungan mereka itu akan berterusan ke alam perkahwinan.
Meskipun masih terlalu awal untuk bercerita tentang perkahwinan, Sweet sebenarnya ada impian perkahwinan tersendiri.
“Sweet impikan perkahwinan berkonsep taman atau yang minimalis tetapi menarik dipandang. Sementara untuk berbulan madu ke Santorini, Greece. Sweet suka cuaca dan permandangannya yang sangat tenang dan sejuk mata memandang, “ jelas Sweet dengan gembira.
Kini sah, hadiah terindah untuk keduanya di hari jadi
masing-masing adalah dengan status baharu. Tunangan
Orang!
Kami di Stailista Glamz mengucapkan tahniah dan
semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan terus
disempurnakan hingga ke jinjang pelamin.
Buat Adam dan Sweet, darah tengah manis tu. Jangan
nakal-nakal ye!