TOP 5 PUN SYUKUR! – NAIM DANIEL

KUALA LUMPUR: Tercalon dalam kategori Best Southeast Asia Act di Anugerah MTV EMA 2021, penyanyi dan komposer, Naim Daniel melahirkan keterujaan dan syukur.

Bersaing dengan empat lagi bintang Asia iaitu Lyodra (Indonesia), JJ Lin ( Singapura), K-ICM ( Vietnam), Ink Waruntorn ( Thailand) dan SB19 (Filipina), Naim mengganggap ianya satu perhargaan besar untuk dirinya berpeluang mewakili Malaysia.

“Allahu akbar, alhamdulilah. Macam mimpi. Jadisatu-satunya wakil Malaysiauntuk kategori Best South East Asia Act di MTVEMA 2021. Top 5 pun saya dah rasa sangat bersyukur. Terlalu bersyukur. Terima kasih semuanya,” kata Naim.

Menurutnya, berada di kelompok lima teratas, adalah penghormatan terbesar untuk dirinya di peringkat antarabangsa. Justeru, dia amat bersyukur kerana terpilih. Ianya sebagai penambah semangat untuk dirinya untuk sentiasa memberikan karya terbaik pada masa hadapan.

Sementara itu, bintang antarabangsa Justin Bieber mendominasi lapan pencalonan, diikuti Lil Nas X, Ed Sheeran, Olivia Rodrigo dan The Kid Laroi.

Justin tercalon untuk kategori “Artis Terbaik,” “Pop Terbaik,” “Video Terbaik” untuk “Peaches,” “Kolaborasi Terbaik” dengan The Kid Laroi dan “Peminat Terhebat”, “Lagu Terbaik” – “Peaches” dan “STAY.”

Bintang Sensasi, Maluma, Måneskin dan Kim Petras, antara barisan artis yang akan membuat persembahan.

Anugerah MTV EMA 2021 akan disiarkan secara langsung dari Budapest, Hungary pada 14 November depan. Peminat tempatan boleh menontonnya di saluran MTV Asia pada 15 November, jam 8 malam.

Undian sudah dibuka dan peminat boleh mengundi di mtvema.com sehingga 10 November.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart