lelaki di sebalik pelangi & isbn

PENERBITAN novel untuk lebih sempurna perlu mendapatkan isbn dari Perpustakaan Negara Malaysia. Untuk itu penerbit perlulah mendaftar dahulu di depositori.pnm.gov.my/login. Prosesnya amat mudah dan cepat secara online sahaja. Kelulusannya pula sehari sahaja setelah anda melengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Semuanya di hujung jari.✍️
.
Novel terkini lagi masterpiece saya ini LELAKI DI SEBALIK PELANGI juga telah ada ISBN. Ini membuktikan karya saya bukan picisan walaupun tajuknya mula diperkatakan kerana genre yang saya pilih Itu.
.
Namun nasihat saya mudah sahaja, jangan terlalu awal menghakimi. Anda perlu membaca habis untuk mengetahui mengapa saya memilih genre sebegitu walhal sebelum ini saya lebih dikenali sebagai penulis novel Cinta yang lebih normal. Ada sesuatu yang saya bongkarkan melalui karya saya ini. Terus terang saya katakan novel ini saya sunting banyak kali untuk menyeimbangkan moral dan inspirasi daripada kisah sebenar.
.
Pra-tempah novel LELAKI DI SEBALIK PELANGI akan bermula 1 Februari selama 3 minggu dengan harga istimewa RM25 daripada harga asal RM30. Tanda tangan saya berserta hadiah misteri untuk mereka yang menempah awal. Update pembelian akan saya war warkan disemua media massa saya serta www.stailista-glamz.com.
.
Hakikatnya saya bukan penulis hebat  , saya sekadar menyempurnakan anugerah penulisan yang Allah berikan ini dengan cerita kehidupan terutama soal Cinta sebagai trademark saya .
.
Ini adalah terbitan saya bersama team The Novel Stailista-Glamz dengan ANC Universal milik Sahabat Baik saya Azman Mohd Nawi & Kamal Arif Amin . Terima Kasih team The Novel atas kolaborasi yang penuh bermakna ini. Alhamdulilah 💝
.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart