MISS & MR.CHARMING 2022 PERKENALKAN KID’S CHARMING.
Setelah kejayaan musim pertama dan musim kedua, kini Miss & Mr.Charming musim ke 3 kembali lagi. Menariknya kali ini ada penambahan ketegori iaitu Cilik ( Kid’s Charming ). Seramai 23 orang bakat Cilik yang layak ke peringkat akhir pada 12 Febuari 2022 di Sani Hotel , Kuala Lumpur.
Untuk kategori Dewasa pula, seramai 12 Team layak ke peringkat akhir dimana mereka dikehendaki membuat satu kumpulan yang terdiri dari Model Lelaki dan Model Perempuan serta Jurumekap.
Walaupun kategori Cilik julung-julung kali dipertandingkan pada musim kali ini, tetapi sambutan sungguh diluar jangkaan. Penganjur hanya menyasarkan hanya 20 orang peserta sahaja, tetapi oleh kerana masih ramai permintaan, pihak penganjur telah memberi peluang dengan menambah kuota penyertaan Cilik kerana tidak mahu menghampakan mereka yang benar-benar ingin menyerlahkan bakat masing-masing.
Miss & Mr. Charming 2022 musim ke 3 dibawakan secara eksklusif oleh KS Pocket TV & Media. Barisan artis popular akan turut menghiburkan majlis gilang gemilang tersebut. Sementara majalah Stailista dan web www.stailista-glamz.com sebagai majalah dan portal resmi. Liputan event Miss & Mr. Charming 2022 akan dimuatkan di edisi Mac nanti.
.
.