Â
JEFRI – Dia lebih perempuan daripada seorang perempuan. Kalau tak kuat iman, tak kahwin saya sampai sekarang…
BADA – Dia tak fikir langsung siapa dia dengan kau sekarang? Kau tu abang Ipar dia. Bukan lagi ‘isteri’ palsu!
BRIAN – Hanya kerana dakapan seorang ibu yang hangat, aku belajar melupakan segalanya. Aku perlu memaafkan semua orang, terutama ayah.
SYED IKRAM – Brian perlu tahu, abang akan tetap bersamamu untuk selamanya. Kita ditakdirkan untuk sehidup semati hingga terhenti nafas ini.
RAMLAH – Abang perlu jawab secara jujur. Jangan tipu. Melah ada hak untuk tahu siapa sebenar abang Ikram sebelum kami bernikah!
**********
Jefri mempertaruhkan dirinya demi mengembalikan Brian ke dunia fitrah seorang lelaki. Brian terpaksa pula mengorbankan diri demi menyelamatkan perkahwinan adiknya, Ramlah. Bada yang ingin menjadi wanita dan Syed Ikram yang masih rakus dengan nafsunya, mampukah kembali ke jalan hakiki?
Â
Seumpama Pelangi, begitulah warna hidup, mereka tersepit dalam agenda hidup yang tidak sempurna. Pun begitu, mereka tetap ada misi tersendiri.
Untuk tetap bahagia dan membahagiakan. Berkasih sayang tanpa syarat. Mampukah mereka?
.
Pra-tempah novel masterpiece Anwar Razali ini berlangsung sepanjang February. Dapatkan tanda tangan berserta hadiah misteri dari penulis. Hanya RM25.
.
Dibawakan secara eksklusif oleh #StailistaGlamz2022 #AncUniversal

Â
Â
Â
Â