THE TINDER SWINDLER – SCAMMER CINTA
Â
BENARLAH kata orang, cinta itu buta. Cinta akan menjadikan seseorang itu lemah dan beremosi huru hara. Cinta membuatkan kita menjadi bukan kita. Segala tindakan di luar kewarasan dan tidak berpijak di bumi realiti.
Â
The Tinder Swindler yang kini menjadi trending di Netflix adalah satu-satunya dokumentari yang wajib semua tonton. Bukan kerana soal cinta sahaja yang ingin diperdebatkan di sini, namun ianya lebih daripada itu. Penipuan dunia online terlalu berleluasa sekarang. Di negara kita sendiri, betapa banyak kes penipuan online daripada pelbagai kategori. Sehinggakan terkadang kita terfikir sendiri, mengapa begitu mudah kita terpedaya, mengapa begitu percaya dengan janji manis. Langsung tidak menyelidiki kebenaran setiap kata-kata, perbuatan maupun apa juga cara mereka melakukan penipuan.
Â
Saya sendiri tidak dapat membayangkan betapa watak utama Simon Leviev begitu hebat menipu dengan tahap professional yang tinggi. Perancangannya yang bermula daripada aplikasi Tinder itu telah menjerat ramai wanita sehingga sanggup menanggung perbelanjaan kehidupan mewahnya dengan begitu mudah. Berbekalkan susuk yang segak, pemuda kelahiran Israel ini mengendalikan operasi penipuannya bertahap amat luar biasa. Dengan memakai jenama antara bangsa, menaiki penerbangan mewah dari sebuah negara ke negara seperti naik turun mrt, berparti di tempat mewah, menginap di hotel lima bintang, modus operasinya begitu menyakinkan. Temujanji bersama mangsa bermula di lokasi mewah dengan dipertunjukkan segala kemewahannya untuk memikat hati mangsa. Selepas sebulan berhubungan dan mangsa mula jatuh cinta, maka plan kemuncaknya pun bermula.
Â
Saya tidak mahu buat spoiler pada mereka yang belum menonton di Netflix, saya ingin mencadangkan pada sesiapa juga,tontonlah dokumentari hebat ini. Anda sendiri tentu tidak menyangka betapa hebatnya perancangan Simon Leviev. Bukan untuk kita contohi tetapi banyak perkara perlu kita teladani dan pelajari daripada The Tinder Swindler.
Â
Hari ini, penipuan cinta dibanyak aplikasi temujanji samada ianya bersifat normal atau songsang, semuanya membuat taktik yang sama. Berbekalkan mulut manis, kecantikan, kehenseman, cerita sedih dan sudah pastinya soal seks sebagai pertaruhan utama untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan mereka, itulah modus operasi yang dipertaruhkan.
Â
Di michat, wechat, omi, facebook, twitter maupun Instagram, saya selalu dimesej oleh golongan sebegini. Bukan hanya dewasa yang melakukannya , malahan remaja bawah umurpun terlibat . Minta top up dengan balasan menghantar video porno mereka sebagai balasan adalah soal biasa. Itu baharu minta top up sudah sanggup berbuat apa sahaja. Bayangkanlah bagaimana jika mereka memerlukan bantuan kewangan yang lebih besar. Maka kes seperti cerita dalam The Tinder Swindler akan berlaku pada kita semua.
Â
Ianya benar-benar menakutkan. Kita semua akan diuji dengan permainan emosi dan keperluan yang mendesak. Sehingga adakala tindakan, respon dan keputusan sukar untuk diterima akal. Dari penipuan soal cinta, cerita kematian, kemalangan dan segala cerita sedih pilu akan dipertaruhkan. Demikianlah kehidupan masa kini. Ianya sukar untuk dikenalpasti siapakah yang benar-benar jujur, siapa sebenar yang perlu kita bantu.
Â
Saya beri lima bintang untuk The Tinder Swindler. Ianya memang cerita sebenar. Bukan wayang atau skrip yang direka. Tontonlah. Anda perlu belajar sesuatu daripada siri ini.

Â
Â
Â
3You, Linda Pinky and 1 other
Â