sebuah integriti – 21 bridges

SEBENARNYA apa kerjaya sekalipun, yang meletakkan kita ke tahap intergriti tertinggi adalah bagaimana kita berpegang pada prinsip kebenaran. Inilah prinsip yang perlu kita tanamkan diri dalam apa perkara sekalipun.
 
21 Bridges yang mempertaruhkan pelakon handalan Chadwick Boseman selaku Andre Davis, pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes dadah yang meragut ramai anggota polis dalam satu malam. Dari sinilah segalanya bermula dengan perintah perlu diselesaikan segera dan imbalan daripada semua kejadian itu, Manhattan perlu dilockdownkan.
 
Filem polis rasuah sebegini bukan asing lagi dalam kelompok filem Hollywood, Korea maupun Bollywood sendiri. Ianya sudah terbukti menjadi pilihan betapa pihak yang ditugaskan mengawal keselamatan sebenarnya ada korup tersendiri. Di Malaysia sendiri tidak banyak filem yang berani memperkatakan soal anggota keselamatan. Jika Ada pun boleh dibilang dengan jari. Siri Gerak Khas kurang memberi tumpuan pada isu dalaman sebegini. Hanya filem One Two Jaga yang agak ke depan.
 
Skrip cerita 21 Bridges memang boleh dijangka. Namun yang istimewanya skrip dari Adam Mervis dan Matthew Michael Carnahan dan diarahkan oleh Brian Kirt, berlangsung pantas dengan babak aksi yang mendebarkan. Malahan lawan mereka si perompak yang saya cukup hensem dan sempurna untuk memberi tentangan, cukup memberi rempah ratus serbuk perasa akan perjalanan 21 Bridges ini.
 
Berbalik kepada soal intergritilah dan kematian ayahnya yang juga seorang pegawai polis telah merangsang untuk Andre terus berbakti pada kebenaran dan keberanian. Dia tidak peduli dengan cabaran menanti. Yang penting dia perlu membuktikan apa yang dinalurikan betul meskipun kebenaran itu datang dari perompak sendiri.
 
Tontonlah 21 Bridges di Netflix ini jika anda peminat cerita sebegini. Aksinya memang kena pada tempatnya. Namun satu perkara perlu kita tanamkan selepas menonton, adalah bagaimana pula intergiti kita dalam kehidupan dan kerjaya kita sekarang. Apakah ianya seperti lalang di tiup angina tau sekadar hangat-hangat tahi ayam?
 
Untuk 21 Bridges saya beri empat bintang. Ianya bukan filem kegemaran saya tetapi saya seronok dengan cerita yang memberi inspirasi sebegini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart