USAH BADUTKAN BIG STAGE!
Â
SAYA sudah menjangka Iqbal Zulkefli akan menjadi peserta ke 12 Big Stage . Daripada petanda kemunculan Dato Vida dan hint dari Shery dan Alif Satar, saya pasti naluri saya berkata benar. Dan ternyata benar. Terus saya tepuk dahi, geleng kepala dan senyum sinis. Rupanya begitu sekali karyawan Big Stage membuat percaturan mengejar rating, sensasi dan seumpamanya.
Â
Tidak pasti saya bagaimana perasaan Tok Ti, Ajai, Aliff Aziz maupun Mas Idayu untuk menyaksikan drama yang sengaja dicipta itu. Mungkin yang teruja hanyalah Dato Vida melihat buah hatinya menyanyi secara live di depan matanya. Tetapi bagi saya ianya satu penghinaan untuk program yang masuk musim ke empat ini. Sekaligus Big Stage telah dibadutkan dan dimaharajalawakkan!
Â
Mengapa Iqbal? Hanya kerana viewnya lebih dua juta di Youtube dia dipilih? Aduhai, rasanya alasan itu terlalu lemah, dangkal dan sekadar berbasa basi. Hakikatnya program hiburan Malaysia lebih gemar kepada drama, mengejar rating, komen netizen dan pelabagi lagi soal yang buat saya rasa nak muntah hijau. Lebih lagi bila ada video sebelum memperkenalkan Dato Vida, siap ada ucapan. Ni Big Stage, bukan medan untuk bermaafaan di hari raya la. Kalau nak berubah, berubah sahajalah. Apa perlu menggunakan platform Big stage itu. Lawak betul kan?
Â
Saya kasihan pada Iqbal sebenarnya. Dia masih belum layak untuk bergelar penyanyi meskipun dikatakan pernah menang pertandingan nasyid. Masih banyak yang dia perlu belajar aspek dan teknikal nyanyian. Lihat sendiri cara dia menyanyi lagu favourite saya tu. Biarkan Bulan Bicara tu bukan lagu calang-calang. Ianya penuh jiwa, pasrah, redha dan kesedihan. Namun saya berani cakaplah, saya lagi sedap menyanyi berbanding Iqbal. Ini fakta.
Â
Masih ramai lagi para remaja di youtube, tiktok, Instagram yang teringin untuk berada di pentas Big Stage. Mereka juga berbakat besar. Saya akui dan pernah menyaksikan juga persembahan pemuzik jalananpun ada yang lebih hebat dan wow. Tetapi seperti biasa kita sering tertinggal bas, belum isu I juta followers untuk pelakon reda, kini ruang untuk para remaja yang betul-betul berbakat telah dirampas dan diperlekehkan.
Â
Terus terang saya katakan, minggu akan datang Iqbal akan terkeluar. Kehadirannya sekadar suatu persinggahan. Sekadar prop. Sekadar mencipta drama jam 7 petang. Ianya benar-benar mual dan merisaukan. Malang sekali kemunculan Bigstage 2022 tidak meneruskan kesinambungan Gegar Vaganza 8 yang berjaya memukau dengan kehadiran Aliff Aziz, Suki, Nikki dan Aweera.
Â
Kita tengok sahajalah apa drama yang ingin dimaharajalawakkan untuk Big Stage selepas ini. Sedih sungguh. Sepatutnya fokus kepada vocal, kualiti dan integriti peserta diutamakan. Namun episod pertama Big Stage, dilekehkan oleh drama murahan. Kalau nak berdrama sangat, temukan sahaja Iqbal dan Dato Vida tu dalam Meletop atau Melodi. Habis cerita. Yang nak libatkan program nyanyian untuk remaja dengan cerita cinta yang tidak kesampaian itu untuk apa? Aduh…
Â
Anwar Razali
Kuala Lumpur
7.2.22
8.41