13 HOURS – CERITA PERANG LIBYA

SUTRADARA Michael Bay dikenali melalui fllem pecah seperti Transformers, Armageddon, The Rock, Pearl Harbor, Bad Boys, dan Bad Boys II. Justeru ketika melihat nama beliau sebagai pengarah 13 Hours ini saya terpanggil untuk menonton kerana percaya dengan kemampuan beliau dalam mengarap filem aksi.
 
Film 13 Hours- The Secret Soldiers Of Benghazi adalah kisah benar , serangan penduduk tempatan yang terjadi di Benghazi, Libya pada tanggal 11 September 2012. . Enam ahli pasukan keselamatan elit bertempur untuk menyelamatkan nyawa kakitangan Konsulat Amerika.
 
Penggulingan Presiden Gaddafi menjadikan wilayah Benghazi sebagai kawasan berbahaya dengan perdagangan senjata api yang menambah kemelut konflik.
 
Diteraju oleh Tyrone S. Woods (James Badge Dale), Jack Da Silva (John Krasinski), Mark Geist (Max Martini), John Tiegen (Dominic Fumusa), Kris Paronto (Pablo Schreiber), dan Dave Benton (David Denman), filem aksi peperangan ini dikatakan sebuah filem yang mendapat pungutan rendah sepanjang kerjaya Michael Bay selaku pengarah. Dengan biaya USD50 juta, ianya hanya menghasilkan pulangan USD69.4. Dikatakan juga durasi awal filem adalah 4 jam. Namun dikurangkan sehingga 144 minit.
 
Saya bukan pengemar filem aksi perang. Menonton 13 Hours – The Secret Soldiers Of Benghazi hanya untuk melihat suasana konflik di Libya dari persepsi pengarah barat sahaja. Lebih-lebih lagi berlaku di sebuah negara Islam, saya agak prejudis juga terhadap pandangan naskah ini. Kita sedia maklum bagaimana pandangan barat terhadap negara Islam yang sering meletakkan pandangan kurang bijak terhadap Islam dan pengikutnya.
 
13 Hours – The Secret Of Soldiers Of Benghazi tetap memberi fokus kepada kehebatan hero elit mereka. Digambar seperti biasa seperti penyelamat dunia. Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana kalau 4 jam menonton durasi awal. Durasi yang adapun buat saya berasa bosan. Mungkin kerana bukan genre kegemaran saya membuatkan saya berasa begitu.
Namun untuk mereka yang gemarkan karya Michael Bay. 13 Hours – The Secret Soldiers Of Benghazi boleh layan meskipun tidak sehebat filemnya yang lain, Saya lebih suka Pearl Harbor dan Transformers.
 
Untuk 13 Hours -The Secret Soldiers Of Benghazi saya beri tiga bintang.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart