fantasia toy boy

KEBERANIAN karyawan dari luar untuk memperkatakan tentang isu yang agak sensasi bukanlah sesuatu yang luar biasa. Seperti Money Heist  dahulu, siri Toy Boy dari Sepanyol ini meneruskan konsep yang sama.
 
Tajuk sahajapun sudah kita tahu akan perjalanan cerita tersebut. Sekaligus membawa kepada adengan yang menjolok mata tentang kehidupan penari bogel dan gigolo. Inilah keberanian yang saya katakan, yang dipaparkan secara berleluasa tanpa suntingan.
 
Netflix membawakan banyak cerita pelbagai genre. Terpulanglah kepada kita untuk memilih tontonan yang bersesuaian. Pun begitu, bagi saya, melihat Toy Boy sebagai naskah yang tanpa batasan ini menimbulkan ketakutan pada generasi masa depan yang terlalu terdedah dengan filem atau drama hanya diklik di hujung jari.
 
Kini musim kedua Toy Boy mula ditayangkan. Musim pertama yang sarat dengan skandal, kelucahan melampau namun saya merasakan ianya tidak sehebat Money Heist. Saya lebih enjoy menonton Money Heist berbanding Toy Boy.
 
Saya tidak mahu mengulas panjang lebar kerana cerita skandal sebegini kita tahu bagaimana ianya akan berakhir. Plot dan twist setiap watak akan saling berkait, terkadang ianya bagaikan direka dan agak kebetulan.
 
Untuk Toy Boy musim pertama saya beri tiga bintang. Pujian saya untuk barisan penari bogel yang cukup jantan dalam menari itu adalah tarikan siri ini. Apakah kita seberani ini untuk membuat cerita sebegini? Mungkin Thailand atau Filipina ada drama sebegini, tetapi di Malaysia rasanya kurang sesuai untuk dipaparkan.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart