BIG STAGE 2022 – SILA BANGKIT IQBAL
MAKA demikianlah berakhirnya drama dua minggu Iqbal Zulkefli. Seperti lagu Ketahuan yang dinyanyikan, siapapun mampu meneka dia akan tersingkir. Sekaligus meredakan agenda viral dikalangan netizen maupun karyawan seni dalam dan luar negara.
DSV sendiri nampaknya mengalah dengan ketentuan takdir dan rezeki Iqbal di Big Stage. Dengan markah yang diberi hanya 4, sudah membuktikan Iqbal perlu memulakan visi baharu. Jika ingin meneruskan kerjaya seni nyanyianya, maka dia perlu belajar dan terus belajar serta membuktikan yang dia juga boleh berjaya pada masa akan datang. Tiada yang mustahil. Anda berkemampuan untuk menghadiri kelas muzik dan vocal. Buktikan. Jangan biarkan anda terus diperlekehkan. Dan sekiranya masih ingin syok sendiri, maka teruskanlah juga berjiwa kental dan hati kering. 





Konsert kedua ini, saya memilih @aisharetno02, @elicapaujin_ , @sofiaamarieylla dan @ajoizainal yang boleh dibanggakan. Untuk minggu seterusnya persaingan sengit akan berlaku antara Aisha Retno dan Elica, Keduanya akan memberi impak berbeza untuk konsert ke tiga nanti. Sementara peserta yang lain perlu lebih bekerja keras untuk menyaingi keduanya. Saya mengharapkan Daniel akan segera sembuh untuk berada dikelompok tiga teratas.
Persaingan sebenar baharu bermula. Konsert ketiga akan membuktikan siapa yang akan terus mara dan kecundang. Big Stage akan terus diperkatakan dan diperdebatkan. Tiada ruginya segala pandangan, kritikan maupun komen. Segalanya demi kelangsungan dunia seni kita.
Kepada semua juri, teruslah memberi kritikan membina dan jujur. Jangan kasi muka seperti Mummy dan Ajai. Kalau betul, bercakap benarlah. Kalau tidak, jangan sekadarnya sahaja. Kita perlu bangkit untuk lebih tegas agar dunia seni tidak lagi diperlekehkan dan ketinggalan jauh daripada program nyanyian dari seberang maupun luar negara.
Apapun saya puji solekan dan penampilan hampir semua peserta wanita, sementara lelaki pula perlu lebih berani dan memberikan persaingan kepada peserta wanita yang berkemungkinan besar mendominasi Big Stage 2022.