AKU, TIKTOK DAN TREND

STAILISTA GLAMZ , TIKTOK & TREND
.
…saya pernah diperli dan dipandang serong kerana bertiktok pada awal 2018, dua tahun selepas pelancarannya. Tapi saya Senyum dan Chill je sebab saya jenis tak peduli apa pandangan orang yang tak faham Konsep kerjaya saya sebagai editor, content creator, perunding imej dan agensi model. Nyatanya saya perlu sentiasa upgrade dan update Ikut trend semasa. Lalu tiktok saya atas jenama Stailista-Glamz terus menjadi platform untuk saya update aktiviti kerjaya saya , model -model , selebriti dan segala yang berkaitan.
.
Saya bermula dari era surat khabar dan majalah ketika bergiat dalam dunia penulisan dan kewartawanan. Seterusnya apabila online mula menguasai dan media sosial seperti Youtube, Facebook,Twitter dan Instagram meledak saya turut seiring dan mampu berdaya saing mengikut situasi. Alhamdulilah di saat PKP , saya tetap tenang dan rilek sebab saya ada pendapatan dari semua media massa tersebut selain kekal dengan aktiviti offline yang lain.
.
Tiktok hanyalah sebagai salah satu aplikasi terkini dan saya gunakan secara profesional ikut cara saya. Dan artikel yang disiarkan untuk Sinar Islam Sinar Harian ini edisi Jumaat menceritakan segalanya. Kita kena bijak merebut peluang dan ruang tanpa takut dan gusar dengan kritikan orang. Malah tiktoker sekarang pendapatan mereka pun lebih dari Apa yang kita bayangkan. Pucuk pangkal kita tahu hala tuju dan kelebihan kita. Gunakan kepakaran dan ilmu yang kita ada untuk dikongsi semua.
.
Web saya www.stailista-glamz.com dan majalah Stailista serta novel-novel saya adalah cerita dan agenda saya untuk 2022. Syukur pada Allah atas anugerah penulisan, editing video, ilmu perhubungan awam , model dan fotografi yang saya ada. Saya akan terus terbang tinggi tanpa lupa rumput di bumi.✌️
.
Anwar Razali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart