ZERO TO HERO – SEBUAH INSPIRASI

ZERO TO HERO – SEBUAH INSPIRASI
 
SIAPAPUN kita, kejayaan akan tetap menjadi milik sekiranya kita berusaha, tidak putus harap dan ada mereka yang menyokong memberi semangat. Itulah yang saya rasakan ketika menonton filem Zero to Hero dari Hong Kong ini.
 
Berinspirasi daripada kisah sebenar jaguh paralimpik So Wa Wai yang menggegarkan balapan temasya sukan Paralimpik dari 1996 hingga 2012. Diterajui oleh Sandra Ng, Louis Cheung, Leung Chung Hang dan arahan oleh Jimmy Wan, Zero To Hero bagi saya sebuah filem yang memberi motiasi dan semangat kepada sesiapa juga, sama ada dia kurang upaya atau normal sekalipun.
 
Melihat kegigihan si ibu membesarkan anak yang kurang upaya (cerebral palsy) itu cukup membuatkan kita sebak, kagum dan teruja. Daripada semabat ibulah, maka si anak mampu menjulang kejayaan. Teringat dialog kedua beranak ini, yang mengatakan ketika berkahwin dahulu, ayahnya tidak mampu memberikan emas untuk si ibu, namun si anak berjanji, dia akan berlari dan menang untuk pingat emas untuk dihadiahkan kepada si ibu.
 
Saya amat berharap satu hari nanti kita akan ada filem sebegini. Barangkali kisah hidup jaguh pecut negara, Muhammad Ridzuan Puzi boleh dijadikan naskhah permulaan.
 
Zero To Hero sebuah filem kasih sayang yang wajib ditonton. Saya beri lima bintang untuk filem ini kerana para pelakonnya begitu hebat menjiwai watak yang diberikan. Kita akan menjiwai dan masuk dalam setiap babak dan turut berdebar ketika melihat Wa Wai bertarung di balapan.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart