30 tahun tanpamu sudir

30 TAHUN TANPAMU
 
HARI ini pada 22.2.1992 , beliau pergi menghadap penciptaNya. Bererti sudah 30 tahun beliau tiada. Sebuah kehilangan yang tiada gantinya, sebagaimana kita kehilangan Tan Sri P.Ramlee dahulu.
.
Saya membesar dengan lagu-lagu beliau. Bermula dengan Teriring Doa sehinggalah Salam Terakhir , Nilai Cintamu, Pelangi Petang , Merisik Khabar, allahyarham Dato’ Sudirman Hj.Arshad tetap hidup dalam diri saya maupun sesiapapun. Malahan setiap hari merdeka, lagu Warisan, 31 Ogos , adalah lagu wajib didengar dan dinyanyikan. Hari Raya tidak akan sempurna tanpa lagu Balik Kampung atau Dari Jauh KuPohon Maaf. Beliau penghibur rakyat Malaysia dulu, kini dan selamanya.
.
Saya tidak berkesempatan bertemu beliau kerana masih belum bergelar wartawan pada awal kerjaya dan pemergiannya. Tapi saya pernah melawat pusara dan rumahnya di Temerloh dahulu. Kebetulan kami satu daerah, lawatan tanpa jasadnya itu cukup memberi erti untuk saya. Malahan style rambut berjuntai di depan dan baju Melayu sedondon juga pernah saya tiru. Kalau berkaraoke lagu-lagu beliau adalah lagu wajib saya.
.
Juara Bintang RTM 1976 ini dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Hari ini marilah kita sedekahkah Al-Fatihah untuk beliau. Semoga roh beliau ditempatkan sisiNya bersama mereka yang dirahmati. Al-Fatihah.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart