CERITA RM5 DI MASJID

…CERITA RM5 DI MASJID.
.
KETIKA beriktikaf dan menunggu azan subuh jam 6 pagi tadi, saya dihampiri seorang lelaki berjubah. Saya yang sedikit terkejut dengan ucapan Salam sambil dia menghulurkan sesuatu, hanya mampu membalas Salam dan mengucapkan terima kasih. Hanya Itu . Selepas itu saya seperti terkaku dan melihat dia pergi dan menunaikan solat sunat di sudut pintu masuk masjid.
.
Saya buka pemberian subuh itu dan masih keliru ketika mengira jumlah duit seringgit itu. Ada RM5. Alhamdulilah, rezeki saya pagi ini. Namun bukan soal RM5 yang diberikan itu , tetapi saya tidak pasti apa tujuan lelaki berjubah putih yang saya anggap seorang haji dan berusia dekat 70 tahun itu berdasarkan uban dan janggut serta cara beliau berjalan, memberikan saya duit tersebut. Jika ingin bersedekah tabung masjid ada disediakan. Dan saya rasanya antara golongan yang masih ‘muda’ berbanding pakcik-pakcik jemaah masjid yang lebih layak.
.
Barangkali beliau selalu melihat saya agaknya sering duduk di belakang sekali setiap kali datang ke masjid Abdul Rahman Auf ini. Itulah kegemaran saya. Saya suka memerhati dan melihat suasana masjid dan jemaahnya. Saya boleh tahu siapa yang datang, duduk saf mana dan segala situasi yang berlaku. Mungkin sifat seorang penulis dan editor ini yang gemar memerhati dan memberi perhatian serta mengambil gambar dan video untuk merakam Momen, menjadikan saya begitu. ☺️😋😉
.
Seperti seorang anak muda yang memakai uniform sebuah syarikat roti Massimo dalam gambar di atas. Setiap subuh saya melihat dia akan bersolat di luar. Saya tak pasti mengapa dia buat begitu. Tetapi saya tahu Setiap orang ada agenda hidupnya. Tidak mengapalah. Itu bukan masalah untuk saya pun. Ikut suka dialah nak bersolat di mana pun kan. Cuma apabila ianya berlaku pada setiap hari membuatkan saya menjadi tertanya sendiri. Terlambat datangkah atau kenapa anak muda tidak bersolat di dewan?
.
Cerita sedekah RM5 dari seorang haji yang tidak saya kenali itu serta anak muda Massimo itu menyedarkan saya tentang agenda hidup setiap kita . Kita tidak tahu apa niat di hati setiap manusia. Namun seperti orang lain , kita tetap ingin menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Bagaimana cara dan misi kita , Allah lebih mengetahui.
.
Untuk Pak Haji yang memilih saya untuk bersedekah subuh itu, saya doakan Pak Haji sentiasa sihat, dimurahkan Rezeki , dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Dan untuk anak muda Massimo itu jemputlah kita bersolat jemaah di Ruang utama. Rapatkan saf dan Silaturrahim sesama kita.💝🥰🌹
.
Menulis catatan pagi ini, saya masih senyum sendiri dengan apa yang berlaku. Namun saya sedar demikianlah agenda dan cerita hidup kita. Banyak soal di luar kemampuan kita. Allah juga perancang dan penentu segalanya.
Selamat Pagi Semua. Jangan lupa bersarapan dan solat dhuha sebentar lagi ye✌️
.
.7:30 pagi – 23:02:22 – Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart