BIG STAGE : DANIAL MASKULIN BELLA HADID
.
Industri kita terlalu mementingkan apa yang mereka ingin suka dan tidak menerima sesuatu yang agak berbeza.
.
Inilah persoalan yang saya ingin tanyakan pada dua juri Tok Ti dan Datuk Safinaz yang mempersoalkan tahap maskulin Danial Chuer sehingga dikatakan kurang maskulin dan catwalk macam supermodel Bella Hadid menerusi persembahan lagu Gila.
.
Sememangnya saya lebih bersetuju cara Ajai yang lebih fokus pada mendidik bagaimana menyanyi cara betul, tidak terlalu berlebihan dan cuba menjadi cerdik seperti mana pujiannya untuk Aisya Retno dan peserta lain tanpa fokus pada fizikal mereka. Itu sebenar yang diperlukan.
.
Setiap orang ada sisi berbeza daripada individu lain. Ada yang kelihatan lembut, kasar, kaku dan pelbagai lagi kekurangan. Alangkah baiknya fokus juri lebih kepada bakat peserta itu sendiri. Vokal
hebat
Â
Danial Chuer sewajarnya dinilai lebih progresif berbanding mencari silap dia dari segi fizikal. Kalau dah seseorang itu sememangnya begitu sejak azali apakah semudah itu untuk berubah mengikut apa yang juri nak? Bagaimana rasanya kalau penampilan juri pula dipersoalkan selepas ini? Ada berani ?.
Perjalanan peserta Big Stage masih belum matang. Banyak ilmu muzik yang mereka perlu dalami dan mahirkan. Juri harus profesional. Jangan hanya anda antara yang Hebat dlm industri ini, orang lain dilihat serba tak kena. Nilaikan peserta berdasarkan vokal , persembahan dan kreativiti mereka . Jujurnya saya enjoy dengan persembahan Danial menerusi Gila itu seperti mana kehebatan Aisha Retno dan Elica . Sikit sikit yang kurang tu kita ketepikan lah. Nobody perfect babe!