KENAPA PILIH DIA ; BUKAN SAYA !
.
Di Twitter kecoh bila pereka fesyen Rico Rinaldi dipersoal mengapa memilih model mat saleh dalam kempen terkini busana rayanya. Sehinggakan ada yang kata takkan beli sebab model luar. Bagi mereka untuk pasaran Malaysia , gunalah model Melayu atau seangkatan.

.
Saya ada pendirian sendiri dalam isu ini . Sebagai editor saya pernah berfotografi dengan semua golongan model. Tak kira rona apa kulit mereka.
.
Sebab tu saya selalu gelak dan senyum je bila ada yang pertikaikan mengapa model kulit putih sering dijadikan pilihan untuk shoot katalog baju di banyak brand besar dan pereka fesyen walaupun ianya untuk baju kurung , kebaya atau tudung sekalipun . Sebab apa ye?
.
Mereka berdisplin, tak banyak bunyi, pandai pose, pandai mekap sendiri, kurus tinggi dan tau kehendak client. Bukan bererti model kita kurang hebat juga tetapi dalam dunia glamour yang penuh persaingan ini, siapapun akan memilih model atau talent yang memudahkan shooting mereka. Saya sendiri pun begitu. Saya selalu menekankan pada model perempuan dan lelaki tahu bermekap sendiri. Jika tidak disediakan jurumekap, anda boleh buat sendiri. Paling penting usah mekap macam opera cina , tengok katalog fesyen dan majalah, solekan untuk memperagakan busana dan hijab adalah solekan minimal. Kita nak jual produk , bukan nak ’jual’ model ye. Ikut je arahan dari client tanpa banyak soal. Orang macam saya , stylist dan jurugambar senang nak buat Kerja.
.
Saya perhatikan ramai mak ayah yang bawa anak mereka join bidang model ni tidak tahu strategi untuk potensi kelebihan anak mereka . Kalau anak kita tak tinggi fokus sahaja pada bagaimana menjadi model produk, majalah , iklan atau yang bersesuaian. Boleh je belajar catwalk tetapi itu bukan soal utama. Kalau anda tinggi yang cukup sesuai untuk pentas runaway memang perlulah dititikberatkan, tetapi kalau ketinggian kurang dan ilmu dalam dunia fotografi masih lemah, tak perlulah bersungguh nak bercatwalk lebih. Perbaiki cara mood dan pose ketika berfotografi. Try buat pertukaran style hijab dan busana dalam masa yang pantas. Setengah jam berapa banyak awak boleh gaya kan dengan sempurna.

.
Dunia model ni banyak kategori ye. Jangan nak kategorikan diri anda dalam semua kategori. Kenal pasti kelebihan dan kekurangan awak dulu. Perbaiki dan belajar dari pakar .
.
Fotografi Warna Warni 2022 yang saya buat pada 20 Mac ini adalah permulaan semula untuk saya mengajar, branding dan grooming kepada mereka yang sudah mendaftar. Bonus fotografi tersebut gambar mereka akan dimuatkan secara eksklusif di majalah Stailista dan web www.stailista-glamz.com Banyak ilmu akan saya kongsikan . InsyaAllah ianya akan dibuat Setiap bulan dengan Konsep fotografi bertema yang menarik dan berbeza.
.
Paling penting , siapapun kita , percayalah kejayaan itu adalah untuk mereka yang sentiasa berusaha menjadi terbaik dalam apa juga bidang yang kita ceburi.
.