BIG STAGE : TOK TI; SEBUAH INSPIRASI.

.
DATO’ SRI SITI NURHALIZA pasti mengenang momen di Big Stage – This Is Siti Nurhaliza sebahagian agenda hidup termanisnya di awal 2022. Jarang sekali living legend di beri penghargaan melainkan setelah ketiadaan mereka. Namun Tok Ti melalui situasi tersebut , dan pastinya malam tadi beliau tidur lena.
.
Apabila lagu hits beliau dinyanyikan peserta Big Stage dengan jayanya, sekaligus membuktikan Tok Ti tetap relevan mengikut masa. Seperti mana Anugerah Juara Lagu membawanya ke tahap sekarang, kaitan Tok Ti dengan AJL sukar sekali dipisahkan. Meskipun kehebatan finalis dengan lagu pelbagai genre, kita sebenarnya tetap merindui kemunculan beliau di AJL meskipun sekadar penyanyi undangan. Aura beliau pemberi semangat untuk semua.
.
Persembahan penutup Big Stage – This Is Siti Nurhaliza adalah sebuah persembahan yang mendidik, menghibur dan penuh inspirasi untuk peserta Big Stage . Mereka boleh belajar bagaimana seseorang penghibur itu membuat persembahan dan paling penting dapat dikenang serta diingati.
.
Sebagaimana persembahan Marsha di AJL 36 yang menjadi trending, maka begitu juga dengan Tok Ti. Persembahan beliau sentiasa berada di landasan berbeza. Marsha belum terlewat untuk mencipta kejayaan pada masa mendatang.
.
AJL 36 dan Big Stage -This Is Siti Nurhaliza akan terus dikenang sebagai platform untuk setiap daripada kita dalam mengejar impian dan mempamerkan bakat yang ada. Biar bertahun atau berapa lama sekalipun teruslah mengejar impian. Mungkin seorang insan Istimewa bergelar Siti Nurhaliza satu dalam sejuta, namun kita yang bukan Siti Nurhaliza pun tetap boleh menjadi istimewa dalam dunia impian kita sendiri. Tiada yang mustahil.
.