BIG STAGE : BATTLE VS DUET
Â
SIAPAPUN pasti melihat betapa kreaviti dan kecerdikan Aisha Retno dan Danial Chuer dalam memberi persaingan antara satu sama lain dalam Big Stage 2022. Meskipun ‘Battle’ mereka saling melengkapi satu sama lain tanpa perlu menewaskan pihak lain.
Â
Pujian dari juri Tok Ti dan Ajai membuktikan “Battle’ seharusnya begitu. Kita akan teruja apabila melihat keduanya saling membantu dan menyempurnakan persembahan masing-masing. Ianya bukan sekadar duet yang dibuat oleh empat peserta lain. “Battle’ Aisha dan Danial menghadiahkan kesempurnaan sebuah persembahan.
Â
Makanya pada minggu depan, Big Stage akan melabuhkan tirainya dengan pentas akhir yang saya rasakan amat mencabar. Tentunya tumpuan akan menghala kepada Aisha, Danial dan Elica. Pun begitu kemampuan Tegar dan Yasmin juga tidak boleh dipandang enteng. Keduanya masih ada waktu untuk mengejar top 3 yang selalu diperkatakan itu.
Big Stage 2022 ini saya merasakan antara yang
terbaik walaupun pada awalnya dikotori dengan isu gimik murahan. Tetapi saya maklum dalam industri seni, sesuatu yang viral dan sukar diterima suasana, tentunya akan memberikan nilai tambah untuk sesebuah program. Bad atau Good tetap ianya marketing untuk program tersebut. Makin diperkatakan makin masyarakat akan ingin mengetahui.
Â
Saya tidak kisah siapapun juara Big Stage 2022. Bagi saya ianya soal biasa. Namun yang luar biasa adalah bagaimana mereka selepas itu. Lihat sahaja tiga pemenang Big Stage musim lalu, ke mana mereka sekarang? Masih lagi tergapai-gapai mencari ruang dan kejayaan. Apakah perlu seperti Marsha untuk menunggu 16 tahun untuk terus diviralkan dan mencipta nama ke seluruh dunia?
Â
Aisha Retno, Danial Chuer dan Elica Paujin adalah generasi seni yang perlu diraikan dan diberi peluang lebih selepas ini. Baik pihak Astro dan media massa lain, teruslah memberi sokongan pada bakat
hebat mereka ini. Jangan sekadar meriah di Big Stage sahaja. Mereka perlu bertarung untuk pentas seni yang sebenar.
Â
Battle atau Duet tetap perlu dalam apa perkarapun. Namun jika bertarung atau berganding sama dalam landasan apapun, kita perlu keluar daripada kepompong. Jadi artis yang cerdik dan berbeza. Bukan sekadar boleh menyanyi tetapi seorang yang berilmu dalam menghidangkan persembahan untuk pendengar dan sasaran. Good luck gais!
Â
Anwar Razali
Kata Editor