INSPIRASI K-DRAMA

INSPIRASI DARI K-DRAMA
.
Saya memang fanatik k-drama. Sebab apa? Ringkas dan mudah jawapannya. Cerita mereka ada roh dan emosi yang dekat dengan kehidupan kita . Menonton setiap pagi selepas subuh menjadikan hari hari saya begitu teruja sebelum memulakan tugas seharian.
.
Twenty Five Twenty One , Business Proposal , Forecasting Love & Weather dan Thirty Nine sarat dengan skrip berbeza . Dari cerita ahli sukan lawan pedang, konflik cuaca , cinta dua darjat dan kemelut usia, segalanya tidak klise dan mual. Ditambah dengan lakonan bersahaja dan sudah tentunya para pelakon yang cantik dan menawan, maka tak hairanlah keempat siri tersebut trending di Malaysia.
.
Disaat kemelut cerita drama kita masih gitu gitu, saya masih tetap ingin menyokong drama kita. Tetapi yang pasti saya hanya menonton Big Stage dan Gegar Vaganza serta AJL36 sahaja apabila ditanya apakah drama terkini tempatan yang saya tonton.
.
Netflix adalah pilihan saya untuk tontonan minda. Paling penting saya tidak mahu diperlekehkan dengan naskah yang sekadarnya. Ramadan ini Jejak Rasul adalah pilihan saya. Hanya itu…
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart