BIG STAGE : TOK TI TUNJUK SAKTI

BIG STAGE : TAHNIAH ELICA , TOK TI JUGA VIRAL
.
SEBAGAIMANA persembahan Tok Ti dalam Big Stage dahulu yang merebut rating AJL36, maka sekali lagi beliau “pukul habis” BIG STAGE sendiri.Itulah penangan “sakti “ Tok Ti. 👑
.
Dan barangkali Aina Abdul juga senyum sampai ke telinga sebab Tok Ti bawa lagu Semalam dengan penuh gaya . Seperti lagu Tok Ti sendiri. Malahan bukan senang untuk sepentas dengan ‘ Living Legend” kan😉
.
Big Stage 4 adalah yang terbaik dalam siri Big Stage sebelum ini. Saya ok je Elica juara , bagi saya inilah pentingnya undian peminat yang menentukan statik kemenangan. Ini yang Danial dan Aisha tiada . Mereka hebat di pentas tetapi kelompok peminat yang mengundi kurang. Lihatlah sokongan Siti Zoners pada Tok Ti yang setia gila, Danial dan Aisha harus belajar dari strategi betapa pentingnya ada kumpulan peminat yang menyokong dan mengundi.
.
Begitu juga branding diri yang DSV buat. Beliau selamba dan walaupun ada kala nampak membadutkan diri dengan penampilan yang luar akal , tetapi kita tengok sendiri mv Kuikhlaskan yang telah ditonton berjuta orang. Strategi beliau menjadi dan diperkatakan. Inilah namanya branding . Soal pro dan kontra itu hal kedua. Yang penting penjenamaan diri beliau kena dengan imej Dato Vida sendiri. Saya puji keberanian beliau menyanyi walaupun suara tak seberapa nak sedap. Tapi untuk tontonan sekadarnya bolehlah layan .
.
Penangan Tok Ti, strategi Dato Vida , percaturan Big Stage 2022 berada di landasan komersil dan kena pada waktunya. Inilah yang wajar semua belajar bagaimana penjenamaan sesebuah program akan membuahkan hasil yang berprestij jika pandai memilih siapa yang layak berada di dalamnya. Lihatlah betapa cerdiknya pengurusan Big Stage membariskan Tok Ti, Ajai, Alif dan Aina Abdul sebagai juri. Diselitkan dengan gediknya Kak Lina Pom Pom dan terdahulu Datuk Syafinaz, Adlin Aman Ramli dan Mas Idayu serta pengacara Alif Satar dan Sherry maka sempurnalah sesebuah program itu. Barisan pemuzik pun
hebat dengan susunan muzik yang trendy dan enak didengar.
.
Untuk Elica , Danial , Aisha , Yasmin dan Tegar langkah kalian telah bermula. Kita tengok selepas ini antara kalian siapa sebenar yang juara di pentas yang realiti . ✌️
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart