LELAKI ITU…

LELAKI ITU … SEBUAH PERJALANAN MEMBURU IMPIAN.✌️💪🤞
.
Saya bertemu ramai talent dan model serta mengilap mereka dengan pelbagai konsep fotografi sekaligus dipaparkan dalam majalah Stailista , Untuk Remaja Sahaja -URS dan Budak dahulu. Justeru saya sudah masak benar dengan sepak terajang bidang ini. Model dan talent datang dan pergi , yang berjaya dan mampu bertahan boleh dibilang dengan jari.
.
Demikianlah permainan dunia glamour ini. Tidak semestinya kita segak dan cantik kita akan berjaya , dan tidak sewajarnya yang kurang menarik akan kecundang. Nasib dan rezeki seseorang itu ditangan yang Esa. Kita hanya mampu berusaha dan buat terbaik sahaja. Yang selebihnya kita serahkan pada Dia.
.
31 Mac 2022 saya akan buat fotografi muka depan majalah Stailista bersama 3 selebriti dan tentunya saya akan tetap memberikan ruang untuk model yang pernah terlibat dan bermula dengan Stailista-Glamz . Jadi fotografi yang akan dikendalikan oleh jurugambar AnBstudio Bobong Latif dan sentuhan solekan Shine Matahariku serta pereka fesyen Maswira Majid berlangsung di Couture Beauty Art Kl. Artis yang terlibat adalah finalis AJL36. Siapa dia ? Tunggu …
.
Siapa model lelaki dalam video ini akan turut sama dalam fotografi tersebut ? Cuba teka? ☺️😉🤔
Cluenya mudah je . Dia pernah berlakon filem dan sekarang sibuk dengan shooting filem dan drama baharunya. Dia juga pernah buat iklan KFC .🎉🎉🎉
.
Segalanya akan terjawab pada 31 Mac ini . Inilah cover Stailista untuk edisi terkini . Saya memberikan sepenuh jiwa untuk edisi eksklusif ini selepas 2 tahun berkurung akibat PKP. Semoga selepas ini Stailista By Anwar Razali Stailista TV akan terus sukses dengan misi mengilap bakat baharu untuk terjun ke dunia glamour.
.
Salam Stailista Glamz untuk semua . Untuk talent dan model baharu join segera fotografi Denim In STYLE pada 17 April 2022 bersama jurugambar Amizan Ahmad. Daftar segera untuk menimba pengalaman baharu bagaimana saya branding bakat anda .👑👑👑👑
.
.
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart