…maka demikianlah kasihNya
tidak pernah terkurang
tetap melimpah ruah
meskipun kita pendosa teramat.
.
di saat mereka itu datang dan pergi
tinggalkan duka lara
Dia tetap tidak pernah Pergi
sentiasa ada.
sentiasa setia
sentiasa terima
walau siapapun kita.

.
maka untukmu teman
usah keluh resah jika ditinggalkan
kerana Dia tetap ada
di sisi di samping
selamanya…
.
.
.
@zamazmi_
Foto @anbstudio_bobong
7 April 2022
Kuala Lumpur