BELLA : NOTA YANG GALAU

NOTA PAGI JUMAAT YANG GALAU.
.
SUMPAH!
Hati saya terganggu sejak bersahur tadi. Seribu satu emosi memeluk diri. Sehingga sampai satu tahap meremang bulu roma saya menahan ngeri, marah, sedih dan keliru.
.
Menunggu waktu imsak dan subuh, saya melayari twitter dan ternampak thread dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi_ yang berkongsi luahan dari Facebook Fynn Jamal . Tentang Bella . Iya. Bella yang satu itu.
.
GALAU!
Hati saya bising dan kacau kerana catatan itu . Tertanya sendiri kenapa dan mengapa perlu sampai tahap begitu. Dan lebih memualkan apabila soal logik panas air dipersoalkan di dewan mulia demi untuk membuktikan saksi tidak berkata jujur. Ahh… saya yang terkena selumbar pun sakitnya berhari hari. Terkena percik minyak panas pun lari menjauh dari kuali. Dan terpaksa pula makan cili yang bukan satu dua ye? 80 biji cili seminggu. Didera setiap hari selama 4 bulan ? Binggung saya. Kemanusiaan hilang di mana perginya?
.
BELLA
Pagi Jumaat subuh ini saya panjatkan doa yang panjang untukmu. Andai di dunia ini keadilan tidak berpihak padamu, percayalah ada lagi keadilan yang hak dan mutlak di sana nanti . Kamu akan diraikan oleh bidadari syurgaNya dengan kasih sayang sejati. Yakinlah. Allah ada . Dia melihat, mendengar dan tidak pernah lena.
.
AHHH….
Sungguh… saya tidak tahu untuk menulis apa lagi. Hilang kata- kata. Tumpul segala idea. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa sekarang.
.
Jika saya ada kuasa seperti Batman, Superman maupun kehebatan hero cerita Korea , Lorenzo atau Taxi Driver, segalanya akan pulih sekelip mata. Namun saya sedar itu sekadar fiksyen layar. Namun saya yakin doa seluruh rakyat untuk Bella lebih
hebat
 
daripada semua hero dunia itu.
.
Di pagi Jumaat Ramadan ini, saya doakan kita semua terus menjadi manusia yang sarat kasih sayang tanpa syarat . Berperikemanusiaan lah sesama kita maupun pada binatang atau alam sekalipun . Semua berhak hidup sempurna di bumi Allah ini. Sebarkan kasih sayang seikhlas mungkin. Setiap daripada kita berhak untuk dikasihi, disayangi walaupun siapa kita dan dia. Dan untuk mereka yang bertanggungjawab, pikullah tanggungjawab anda sebaik mungkin agar ianya tidak dipersoalkan di sana nanti. Ameen.
.
.
15 April 2022
7.18 pagi
Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart