AKU ; STAILISTA GLAMZ

AKU, STAILISTA GLAMZ✌️
.
Saya branding diri dengan jenama Stailista-Glamz . Jenama itu akan saya pegang dan guna sampai bila-bila. Itu trendmark saya. Seperti mana web saya www.stailista-glamz.com , Instagram , YouTube , Tiktok tetap ada Stailista Glamz . Sementara twitter @by Stailista .🌹🌹🌹
.
Jenama diri penting untuk kita lebih dikenali dengan cara dan STYLE kita. Jika untuk dunia penulisan saya kekal dengan nama Anwar Razali dan nama pena JEBAT ISKANDAR. Itulah sisi lain dalam diri saya.✌️✌️✌️.
.
Berhud dengan imej k-pop adalah imej saya untuk dunia glamour ini. Ini alter-ego saya. Sementara siapa yang rapat dengan saya tahu saya akan sentiasa berjubah kalau ke masjid. Saya banyak koleksi jubah dengan pelbagai warna. Namun jubah kegemaran saya adalah jubah putih peninggalan arwah ayah saya Hj. Razali Mohd Amin yang beliau beli di Mekah ketika menunaikan haji dahulu. Saya akan pakai jubah ini pada setiap solat Jumaat dan solat Aidilfitri dan Aidiladha serta tidak terkecuali jika rasa rindu pada arwah abah dan emak, jubah dan sejadah pemberian mereka adalah teman setia saya.🥹🥹🥹
.
Hidup saya banyak warna warninya. Walau sesekali hati dibisik dengan resah, namun selebihnya saya lebih bersyukur kerana perjalanan hidup yang penuh warna warni inilah menjadikan saya sekarang. Alhamdulilah saya dikelilingi famili tersayang , sahabat setia , si dia yang menerima saya siapa saya dan penyokong saya dalam dunia kewartawanan, model ini dengan penuh kasih sayang tanpa syarat . Inilah semangat dan kekuatan saya. Terima kasih semua.💝💝💝.
.
2022 banyak perancangan saya telah tersusun. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan dan berjalan ikut plan . Kemunculan semula majalah Stailista secara fizikal adalah permulaannya. Seterusnya penerbitan novel dan puisi saya. Akan datang saya akan mengarahkan sendiri drama Online skrip saya sendiri dengan barisan talent yang saya gilap dari setiap task dan fotografi bulanan Stailista buat. Setiap bulan saya beri tugasan untuk mereka untuk saya kenal pasti kelebihan dan kelemahan bakat sebenar mereka sebelum saya bawakan mereka berlakon. Sementara ada beberapa nama talent yang berbakat dalam bidang nyanyian sedang saya nilai untuk bergelar penyanyi di bawah Stailista Glamz.
.
.
Saya bukan terbaik tetapi saya cuba menjadi terbaik untuk semua. Doakan saya sempena 15 Ramadan ini segala impian akan Allah makbulkan. Ameen. Ayuh kita terbang ke langit impian bersama.
.
.
Mr: President Anwar Razali Stailista By Anwar Razali Stailista TV
18 April 2022
Kuala Lumpur
Nota : terima kasih jurugambar Amizan Ahmad atas gambar saya di atas ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart