LELAKI STAILISTA – GLAMZ URS 

.
URS – merujuk kepada Untuk Remaja Sahaja . Ianya meneruskan kesinambungan majalah URS yang pernah saya kendalikan sebelum Stailista. Justeru untuk segmen LELAKI STAILISTA ini saya letakkan tagline GLAMZ URS untuk segmen LELAKI STAILISTA yang memberi fokus pada gaya hidup LELAKI.
.
Hakikatnya edisi terkini Stailista Mei ini merupakan gabungan pengalaman manis saya di dunia kewartawanan sehingga bergelar editor dan seterusnya menerbitkan sendiri majalah Stailista . Ianya sesuatu moments yang saya nantikan selama ini. Alhamdulilah pada 2022 ini Allah permudahkan segala impian dan perancangan saya. Ameen.
.
Aduhai… jika anda teruja dan tak sabar memegang dan memiliki edisi terkini Stailista-Glamz , saya Anwar Razali lebih lagi. Sepenuh hati separuh nyawa saya mengabadikan diri untuk kemunculan semula ini. Tuhan sahaja yang tahu pengorbanan dan visi saya untuk Stailista By Anwar Razali ini.

.



.
.
.