KUASA WANITA DI Stailista
.
.
Memperkenalkan inilah barisan empat wanita Hebat yang ditampilkan di majalah Stailista Mei 2022. Setiap dari mereka memiliki kehebatan dan “power” tersendiri .
.
SHITSUKE™ Farah Diba instafamous gamers yang memiliki 1 million pengikut di tiktok / facebook/instagram dan YouTube. Team Stailista-Glamz Koz Kose II Emamnuelle KosSerani bersama jurugambar Amizan Ahmad diterbangkan ke Sabah untuk meraikan ulang tahun ke 21 beliau, sekaligus membuat temubual eksklusif dengan Farah Diba.
.
Pengasas JM Miracle Puan Mas pula mewakili barisan jutawan usahawan wanita yang berjaya dalam dunia kecantikan. Fotografi eksklusif bersama beliau oleh jurugambar Bobong AnBstudio Bobong Latif membuktikan kehebatan beliau yang bukan hanya cantik, kaya tetapi tetap low profile. Banyak ilmu perniagaan dikongsi dalam temubual di majalah Stailista nanti.
.
Qastella Yasmin Nur’Ain Nasution pula mewakili model plus size dari Pretty In Plus . Segmen khas Stailista Pretty In Plus adalah segmen terkini di majalah Stailista yang memberi pengkhususan terhadap kejayaan dan personaliti mereka yang Plus Size.
.
Elveena Iris penyanyi dan usahawan berjaya dari Melaka ini juga tidak kurang hebatnya. Meminati Mariah Carey sebagai idola , Konsep Dangdutt adalah pilihannya dalam setiap persembahannya yang menghiburkan dan “happening “. Elveena Iris diuruskan oleh pro popular Alon Bakar yang cukup dikenali ramai selebriti.
.
Hakikatnya edisi mei Stailista 2022 ini memberikan sesuatu yang berbeza untuk semua. Dari golongan selebriti, remaja , kanak -kanak , lelaki , wanita , model dan usahawan semuanya disatukan dalam satu majalah untuk semua . Inilah wajah baharu Stailista By Anwar Razali yang saya rancang secara teliti selepas PKP ini.
.
Kita tunggu kemunculan Stailista dengan sejuta Doa dan Alhamdulilah. Semoga di bulan Mulia ini segalanya berjalan Sempurna dan Dipermudahkan Segala urusan . Terima Kasih kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan. Allah Sahaja yang boleh membalasnya. Ameen.
.
.
Anwar Razali
President Stailista Glamz
www.stailista-glamz.com
#StailistaGlamz2022
Stailista TV
KUASA WANITA
