…SEBELUM KE PRINT 

.
Satu tugas yang perlu saya teliti dan luluskan adalah bila grafik siapkan design untuk pdf ke kilang cetak. Inilah moment untuk saya melihat keseluruhan intipati majalah Stailista
.
Kerana Itu saya menjadi peka, cerewet dan serious dalam saat ini . Sebab saya lah yang menentukan wajah terakhir majalah nanti . Kalau ada silap atau sebarang isu teknikal memang itu tanggungjawab saya. Dalam design ni ada yang tertinggal sekeping gambar lagi . Itu yang saya kena telitikan teramat . Ianya sesuatu yang mencabar tetapi seronok. Saya Cinta kan kerjaya saya sebagai editor ini. Lebih-lebih lagi ianya edisi terkini selepas lama terkurung akibat PKP dan masalah situasi.
.
Alhamdulilah Ramadan 2022 ini Segalanya Allah permudahkan. Tunggu ye edisi ini. Lambat sikit dari plan tetapi tetap keluar mei ini. Cuti raya saya panjang kali ni dan begitu juga pihak pencetak juga cuti sakan.
.
Tidak mengapa lah , Biar lambat asalkan hasilnya terbaik. Insya-Allah selepas majalah Stailista keluar akan menyusul pula novel ke 10 saya Lelaki Di Sebalik Pelangi .
.
Sepatutnya keluar February lalu tetapi pihak pengurusan Stailista-Glamz meminta saya melepaskan dulu majalah Stailista. Mereka ada strategi tersendiri dalam soal marketing dan branding untuk saya . Alhamdulilah 

.



.
Hari ini 25 Ramadan 1443, aduhai sudah ke penghujung Ramadan kita ye . Semoga Kita Semua sentiasa menjadi terbaik dari masa ke semasa .
Saya doakan anda Semua sentiasa Dirahmati Illahi dan dimurahkan Rezeki, Selamat balik kampung ye.





.
President Stailista Glamz