TENTANG LENSA ITU…

TENTANG LENSA ITU✌️
.
Inilah karya lensa fotografi pertama saya dengan jurugambar Amizan Ahmad yang dipertemukan ketika event Miss Mr Charming 2022 anjuran Koz Kose II.
.
Melalui Kos dia memberitahu Amizan adalah jurugambar rasmi event tersebut. Dia menyakinkan saya yang gambar Amizan terbaik dan sesuai dengan ’Sirim’ saya untuk gambar dimasukkan di majalah Stailista. Barangkali Kos tahu tentang sikap saya yang bukan hanya mementingkan kualiti gambar seseorang jurugambar tetapi ”sikap” dan personaliti mereka itu lebih penting .
.
Saya sudah lama dalam bidang kewartawanan ni. Telah bertemu ramai golongan dari kayangan , selebriti , ahli politik, usahawan , model , pereka fesyen, mua hatta jurugambar serta mereka yang terlibat dalam dunia glamour ini. Jadi saya masak benar dengan sepak terajang dunia kewartawanan, glamour ni terutama dunia selebriti dan model .
.
Jadi saya pastikan untuk saya sentiasa berdaya saing, positif dan “cool’ saya perlu berada dalam lingkungan mereka yang saya selesa dan kurang stress. Bagi saya mereka yang bersikap parasit, munafik dan musuh dalam selimut memang saya akan elakkan. Sebab tu saya agak low profile . Hanya yang rapat dengan saya tahu tentang “gila” dan “sempoi’ saya di sebalik sikap low profile ini. Lebih lebih lagi bila pakai mask dan berhud, saya lebih selesa untuk terus low profile .✌️
.
Dan hari ini saya tunjukkan hasil lensa Amizan untuk majalah Stailista-Glamz akan datang. Ini membuktikan saya ok dan selesa dengan hasil Kerja dan sikap peribadinya. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.
.
Sebenarnya kita tak perlu mereka yang sentiasa memuji dan ada di sisi kita. Kita Hanya perlukan mereka yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Boleh berlebih kurang dan menerima silaturrahim dengan ikhlas dan jujur. Itu yang saya cari daripada Setiap individu yang saya kenal dan berkolaborasi. Gitu 😋
.
.
President StailistaGlamz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart