AGENDA 1 MEI

AGENDA 1 MEI
.
Catatan ini saya tulis setahun lalu pada 1 Mei 2021. Tentang impian yang perlu digapai dan disempurnakan. Dan 1 Mei 2022 ini banyak sekali impian yang saya gapai dan sempurnakan. Alhamdulilah.
.
Ramadan ini Ramadan paling berbeza daripada sebelumnya. Yang rapat dengan saya akan tahu perbezaan dan keindahan Itu. Inilah Ramadan yang saya tidak pernah buat selama hayat saya. Rupanya kalau kita ingin dan sanggup, maka kita akan lakukan sebaik mungkin. β˜ΊοΈπŸ˜‰πŸ’ͺ✌️🀞
.
Saya memulakan perjalanan pulang ke Temerloh Pahang jam 10.30 pagi dari Kuala Lumpur. Kini ketika jam 12:49 tengahari saya masih sangkut di Lebuhraya Karak dengan kesesakan jem yang tidak memeningkan. Seronok pulak balik kampung dalam suasana begini. Dua tahun kita Hilang dengan suasana balik beraya sebegini.
.
Impian adalah Milik semua. Maka teruslah berimpian dan usaha sebaik mungkin. Selebihnya serahkan pada Allah. Dia Maha PERANCANG segalanya.
.
Selamat balik kampung semua. Hati hati. Biar lambat asal sampai ke destinasi. Doa saya mengiringi perjalanan kalian . Ameen.
.
.
President Stailista-Glamz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart