MINGGU SYAWAL YANG INDAH

.
.
Waktu ini saya dah lapang sikit . Sebelumnya balik bercuti raya sakan bersama famili tersayang yang seribu ragam. Namun tetap menghiburkan dan Indah sekali. Alhamdulilah…
.
Balik ke KL fokus pada untuk mencetak majalah Stailista pula. Kilang pun baru buka. Jadi banyak hal perlu ditelitikan. Kembali check pdf majalah untuk pastikan Semua ok Sebelum hantar cetak. Semuanya saya perlu teliti dan pastikan mengikut Konsep yang saya nak.
.
Dalam pada tu ada jugak mesej yang masuk bertanya Itu ini tentang betulkah majalah akan keluar. Dah mei ni kan? Kata mereka menganjing
. Saya senyum je dengan kata-kata sebegitu. Lantaklah nak cakap apa. Memang target saya Mei ini , Tapi bila cuti raya dan terdapat masalah teknikal dari banyak sudut maka saya hanya perlu berlapang dada. Allah tahu saya dah buat sepenuh jiwa untuk kemunculan semula majalah Stailista semenjak cuti PKP lalu. Jadi Allah juga tahu waktu yang sesuai untuk tarikh yang tepat Stailista-Glamz sampai ke tangan saya.

.
Tapi kepada yang tak sedang duduk bila Stailista keluar balik ni, rilek sudah ye. Saya dengan dunia saya, jadi doakan yang terbaik untuk kita semua. Tak Baik dengki dengki ni. Hati hitam bukan boleh tutup dengan jubah sayang oiii.
.
Saya sertakan barcod Stailista Glamz dari ISBN Perpustakaan Negara Malaysia ye. Itu bererti comfirmlah Stailista akan diberi nama baharu . Dulu Stailista dan kini Stailista Glamz. Ingat saya scammer ke. Nak pong pang umpama tong kosong. Maaf ye sayang . Bukan gaya saya untuk propa tak tentu bukti. Saya low profile Tapi saya diam diam ubi ye.





.
Esok saya akan dedahkan cover sebenar majalah Stailista Glamz – Bintang Dalam Ciptaan edisi ke 44 ini. Sempena Jumaat mulia saya ingin berkongsi kegembiraan dan wajah baharu Stailista.
.
Oh ye… tiga cover yang tertera di status ini adalah sisipan khas dalam majalah . LELAKI STAILISTA – untuk Remaja Sahaja , STAILISTA – Pretty In Plus dan Budak STAILISTA – Kid Star. Hakikatnya edisi terkini merangkumi semua kategori. Dari kanak-kanak, wanita , lelaki , tua muda, selebriti , instafamous, usahawan dan Semua yang Glamz ada di sini. Kan Stailista untuk kita kita yang glamour. Tak gitu 







.
Tunggu esok ye…
Kebenaran sebenar akan terbongkar

.
.
President StailistaGlamz
.