TERIMA KASIH DAUN KELADI🥹
.
Esok saya akan paparkan wajah baharu majalah Stailista. Sementara menunggu di cetak ini, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada mereka yang membantu tanpa jemu, lelah dan bosan sepanjang kita fotografi muka depan Stailista-Glamz ini.
.
Terutamanya untuk jurugambar tersayang dan juga bff saya Bobong dari AnBstudio Bobong Latif yang terpaksa melayan cerewet saya
Terutamanya kena photoshop Daniesh Suffian untuk join empat lagi selebriti di muka depan. Begitu juga nak touch up gambar tertentu yang saya amat perlukan kepakaran jurugambar profesional seperti beliau. Thank Bro Semoga juga plan kita untuk Stailista Pretty In Plus menuju kejayaan. Ameen .
.
Terima kasih kepada pereka fesyen Maswira Majid kerana sanggup turun dua kali untuk shooting muka depan dan bawa baju turun naik ke studio. Insya-Allah kita akan berkolaborasi lagi dengan konsep yang lebih mencabar ye. Tema putih dan Merah tu pilihan saya sebab kedua warna itu adalah rona tema Stailista .
.
Terima kasih juga untuk mua yang hot Shine Matahariku kerana mencantikkan Bunga dengan solekan yang bersih dan stylo sebagaimana yang saya pinta . Kita akan shoot lagi konsep yang kita bincang sebelum raya tu ye. Konsep solekan penuh dramatik ilham dan inspirasi Shine dan Stailista Glamz untuk edisi akan datang .
.
Ini kali pertama Tasya Ezza terlibat untuk fotografi muka depan. Dia ditugaskan menyolek selebriti lelaki dan juga mua untuk cover belakang . Terima kasih Tasya. Semoga terus berkreatif dalam memberikan hasil solekan yang lebih anggun. Kita bermula dan belajar dari bawah . Dulu Dato’ Alha Alfa pun seperti awak . Sentiasa mencari ruang dan peluang menyolek selebriti muka depan Stailista . Dan hari ini lihatlah beliau. Meskipun jutawan tetapi tetap merendah diri dan masih turun padang menyolek.
.
Sebenarnya ramai lagi yang sentiasa membantu saya dalam sedar atau tidak . Seperti kawan baik dan pendandan rambut saya Pat Kah Hoo dari Couture Beauty Art Kl yang sentiasa membantu dan utamakan saya ketika saya hadir ke studionya . Meskipun saya banyak ke studio lain tapi studio Kahoo tetap dekat dihati . Barangkali kami dah kenal lama , itu yang buat seperti adik beradik. Tak gitu Kahoo
.
Untuk jurugambar Amizan Ahmad . Terima kasih ye. Hasil kerja fotografi awak memang sesuai dengan taste dan SIRIM saya. Maka betullah kata Marketing manager Stailista Glamz Koz Kose II , awak antara jurugambar yang terbaik hasil kerjanya . Edisi terkini Stailista ini banyak sekali gambar awak . Dari fotografi yang saya buat sehinggalah gambar setiap event semuanya on Point. Saya gembira kerana awak sudi berkolaborasi dengan Stailista By Anwar Razali ini.
.
Ikhlas setulus hati
.Anwar Razali
President Stailista Glamz
Stailista TV
#StailistaGlamz2022
www.stailista-glamz.com
#kataeditor #mrpresident
TERIMA KASIH DAUN KELADI
