BERMULALAH AGENDA ITU

MAKA BERMULALAH AGENDA ITU…
.
PKP banyak mengajar saya tentang banyak perkara. Dua tahun lebih terperangkap dalam situasi yang tidak siapa menduga, saya belajar banyak tentang erti kehidupan sebenar. Sesungguhnya dalam hidup ini segalanya adalah ketentuanNya. Tiada sesuatu yang melebihi kuasaNya. Dia maha perancang lagi maha tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.
 
Justeru itu 2022 ini apabila saya ingin mengembalikan majalah Stailista secara fizikal, saya hanya berdoa agar impian saya dipermudahkan. Alhamdulilah satu persatu doa saya dijawab dan apa yang saya rancang bersama team berjalan lancar.
 
Dan kali ini dengan penjenamaan baharu Stailista Glamz, saya sudah mampu menarik nafas lega. Walau masih panjang perjalanan agenda saya bersama Stailista Glamz ini, saya berkeyakinan kehadiran Stailista kali ini memperlihatkan kedewasaan dan kematangan saya sebagai editor dan president Stailista Glamz. Dari masa ke semasa saya akan memperbaiki apa yang terkurang dan cuba memberikan yang terbaik
untuk semua.
 
Untuk para selebriti, model, talent, jurugambar, mua, pereka fesyen, usahawan, sahabat dan teman tersayang serta penyokong Stailista selama ini, saya hulurkan salam silaturrahim setulus hati. Ayuh kita semarakkan semula dunia majalah secara fizikal. Sambil beronline pun kita ada sesuatu yang boleh disimpan menjadi memori pada masa akan datang.
 
Sebenarnya satu kepuasan dapat memegang majalah dan membelek seperti dulu. Mereka yang melalui pengalaman tersebut tentu tahu perasaan saya sekarang. Untuk itu, terima kasih semua. Terima kasih daun keladi. Salam Stailista Glamz. Kita jumpa lagi di edisi akan datang. Assalamualaikum….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart