MALAM LEGENDA

MALAM LAGENDA.
.
Lebih tujuh dekad mengabadikan diri sebagai anak seni, bermula dengan lagu Bintang Malam, beliau telah mencipta lebih dua ribu lagu. Sekaligus membuktikan Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab, 90 adalah legenda seni yang bukan calang-calang. Dan satu satunya seniman negara yang masih ada. Langsung Konsert Tribute Seniman Negara yang bermula hari ini hingga 3 haribulan Julai adalah penghormatan untuk mengenang karya hebat beliau.
.
Saya membesar dengan lagu lagu beliau. Dari zaman Dato’ Jamal Abdillah , Datuk Sharifah Aini, Dato’ Khatijah Ibrahim , Dato’ Sudirman, Dato’ D.J. Dave, Uji Rashid , Dato’ Hail Amir sehinggalah era Ramlah Ram dan Nassier Wahab, setiap lagu ada memori tersendiri.
.
Bertemu depan mata dan mendengar beliau mengenang perjalanan kerjaya seni beliau, saya merayakan kenangan terindah ini. Lebih lebih lagi memori zaman persekolahan saya cukup gemar menyanyi ketika hari guru . Masih saya ingat ketika di darjah dua saya menyanyikan lagu Uji Rashid , Ku Ingin Selalu Di Sampingmu . Bayangkan dalam usia 8 tahun saya sudah berani naik pentas .
.
Makanya jom raikan karya beliau selama tiga hari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur . Anda akan melihat sendiri tentang kehebatan karya beliau. Sesuatu yang eksklusif di konsert ini. Tentang karya agung seorang lagenda yang dialunkan jua oleh barisan bintang lagenda . Satu satunya Dato’ Seri Ahmad Nawab. Satu dalam sejuta.
.
.
Anwar Razali
President Stailista-Glamz
Majalah Stailista

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart