DIA
…DATO’ KHATY

.
Saya datang hari ke tiga Komsert Tribute Seniman Negara Dato’ Dr. Ahmad Nawab kerana beliau. Sewaktu preview dulu Dato’ Khaty tiada .
.
Membesar dengan lagu beliau adalah kenangan terindah untuk saya. Album sulungnya Sehari Dalam Cinta dengan lagu hits Kusangka Siang Kiranya Malam yang telah berusia 45 tahun.
.
Lagu Ku Gembira Di Sampingmu saya pernah nyanyi ketika di tingkatan 4 sewaktu mengikuti kem anak angkat kem askar di Mentakab, Pahang . Waktu itu buat pertamakali menyanyi dengan band tentera darat. Berani sungguh saya waktu itu. Betapa berhantunya saya menyanyi lagu ciptaan Dato Seri Ahmad Nawab itu.
.
Nyatanya Dato’ Khaty adalah penyanyi pujaan saya sejak dulu lagi sebagaimana Dato’ Sudirman, Dato’ Jamal Abdillah dan Datuk Sharifah Aini. Hari ini sudah tentunya Dato’ Sri Siti Nurhaliza . Semuanya ikon legenda seni.
.
Malam ini saya berbangga kerana dapat berkongsi pengalaman di belakang pentas melihat bintang lagenda bersiap sebelum persembahan . Bersama sahabat baik saya Syed Wafa saya sendiri melihat Dato’ Seri Ahmad Nawab, Ramlah Ram, Shidee, Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato’ Jamal dan Wany Hasrita dalam sisi lain yang lebih eksklusif . Alhamdulilah
.

.
Untuk semua bintang lagenda ini saya doakan anda semua diberkati dunia akhirat . Kami berterima kasih kerana sumbangan seni anda .
.
Anwar Razali
Editor Stailista
President Stailista-Glamz