LENA SEBANTAL ; MENGAPA MIMPI BERBEZA?
.
…banyak soal menjadi enteng, bila kita sentiasa berlapang dada atas semua perkara. Banyak hal di luar kawalan dan mampu kita. Plan begini jadi lain pulak. Langsung tidak merancang alih-alih bulan jatuh ke riba. Alhamdulilah.
.
…sebulan dua ini saya dihadapkan dengan agenda emosi manusia yang pelbagai. Lebih-lebih lagi apabila majalah Stailista muncul kembali, maka mereka yang menghimpit, menangguk di air keruh, scammer itu ini, buat saya urut dada dan keliru sendiri. Jika saya yang sekadar ini, yang biasa biasa pun dihimpit dengan janji manis, permainan munafik lagi hipokrit, baharulah saya sedar begitulah Apa yang dilalui oleh ahli politik atau mereka yang berkedudukan. Mereka akan dihimpit dengan pelbagai agenda dan seterusnya soal Rasuah, Tikam Belakang, Agenda itu ini terus berluasa.
.
Saya bukan ahli nujum yang boleh membaca agenda sesiapa pun bila berkolaborasi dengan saya. Saya terbuka untuk mencipta impian bersama sesiapa jua. Namun saya cukup elakkan daripada diperguna dan memperguna. Ini bukan prinsip saya untuk kita melompat lebih tinggi. Jika ingin berkolaborasi pastikan ianya adil dan telus. Usah depan semanis gula bermadah seloka sokong tetapi di belakang ada buluh runcing yang dihalakan pada saya.
.
Berlapang dadalah dalam banyak hal. Hidup ini usah sarat dengan prasangka, dendam , buli atau scammer. Kita perlu ”tidur sebantal” tanpa bermimpi yang berbeza.
.
Selamat berhari minggu sayang semua. Raikan hari minggu bersama tersayang. Yang masih ada ibu ayah jengok-jengoklah dan bertanya khabar. Syurga anda di situ ye. Minta doa dan restu dari keduanya atas apa juga yang akan dilakukan. Doa mereka tanpa hijab sayang. Untuk yang telah pergi seperti saya, Sedekahkan ayat suci dan berwakaflah demi kesejahteraan mereka di alam abadi. Al-fatihah.
.
.
Presiden Stailista-Glamz
17.7.2022
9:35
Kuala Lumpur