BACKSTREET ROOKIE ; CINTA TANPA SYARAT

BACKSTREET ROOKIE – CINTA TANPA SYARAT
.
Lama saya tidak mengulas tentang drama k-pop. Namun menghabiskan 16 episod Backstreet Rookie dalam dua hari adalah membuktikan cerita ini ada roh tersendiri .
.
Meskipun masih berkisar tentang soal cinta yang klise namun menjadikan dunia francais sebagai lokasi cerita ini, menyedarkan saya betapa pembentukan skrip yang kuat akan menentukan perjalanan cerita yang mampu meninggalkan kesan.
.
Asam garam dunia insuran, seni , persahabatan turut menjadi intipati sokongan skrip Backstreet Rookie. Lebih lebih lagi apabila pelakon idola saya Ji Chang Wook , Kim Yoo Jung dan Kim Min Kyu digabungkan, maka melengkapkan perjalanan cerita ini.
.
Banyak hal boleh diteladani jika anda menonton Backstreet Rookie. Soal bagaimana kuasa cinta akan menjadikan kita menjadi luar biasa dari biasa. Dan demi seseorang yang menjadi inspirasi kita ingin menjadi lebih berjaya dan cemerlang .
.
Backstreet Rookie boleh ditonton di Netflix dan sedang trending di Malaysia serta dunia . Untuk yang gemarkan cerita cinta yang pelbagai versi inilah drama untuk anda . Bagi saya inilah drama inspirasi saya. Untuk rilek minda dan mengutip ilmu dari skrip yang sempurna bagaimana sesebuah karya seni itu dihasilkan . Lima bintang untuk Backstreet Rookie🌹🌹🌹🌹🌹
.
.
Editor majalah Stailista
President Stailista-Glamz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart