REZEKI DARI YOUTUBE

BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE ✌️
.
Video Bila Finalis Hero Remaja 2020 yang disiarkan pada 7 Mac 2020 , Amelina – Memori Daun Pisang ( 7 Mei 2018) dan Rizalman for Zalora ( 4 April 2018) antara video di YouTube Stailista-Glamz yang sentiasa viewnya tinggi. Sekaligus memberi pulangan RM untuk saya tanpa saya sedari, walhal saya upload setiap video tersebut hanyalah untuk menyimpan kenangan dan aktiviti kerjaya saya.
.
Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah saya yang buat ala kadar pun mampu menjana pendapatan, cuba anda bayangkan para instafamous, selebriti , Channel popular dengan subsribe beratus dan berjuta, tentunya pendapatan mereka lebih lagi . Hanya buat video yang menarik perhatian YouTube akan bayar anda .
.
Justeru pesan saya kepada para talent dan model atau sesiapa pun cubalah keluar dari kebiasaan anda. Rebut peluang buat duit dengan media sosial dengan sebaik mungkin. Dari Facebook , Instagram , blog , Tiktok dan YouTube anda boleh menjana pendapatan yang mudah .
.
Sebab tu ada yang bertanya mengapa saya masih mengadakan fotografi bulanan dan terus kekal dengan jenama Stailista Glamz dan majalah Stailista , ini adalah kerana saya seorang yang ikut trend dan relevan ikut semasa. Saya tidak mahu terikat dengan waktu. Saya ikut arus dan trend semasa. ✌️
.
Sekarang ni saya bersama team THE NOVEL Azman Mohd Nawi dan Kamal Arif Amin mula mengorak langkah untuk penerbitan novel pula. Melihat kepada kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dulu , saya perhatikan industri buku kian memuncak . Jadi saya dan team saya wajar terjun ke sana jugak . Kami ada pengalaman dalam bidang ini , cuma dengan sedikit penambah ilmu kami boleh melompat lebih tinggi seperti penerbit yang lain. Novel saya LELAKI DI SEBALIK PELANGI akan terbit Ogos ini sebagai pembuka gelanggang penerbitan novel kami. Alhamdulilah.
.
Anda juga boleh jika ada impian. Fotografi Retro Tribute P. Ramlee Saloma Serani Ernesto Kos Amizan Ahmaddan Pose Like Supermodel by Bobong Latif AnBstudio Bobong Latif Qastella Yasmin Nur’Ain Nasutionpada 30 dan 31 Julai ini adalah permulaan anda untuk saya gilap bergelar instafamous . Ayuh rebut slot anda dan berkongsi ilmu dengan saya. Jangan tunggu lagi. Cabar bakat terpendam anda sekarang. Saya akan ajar segalanya dari ZERO TO HERO.
.
.
President Stailista Glamz
Editor majalah Stailista

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart