SIZE BUKAN ISU

SIZE BUKAN ISU😎
.
.
…ada yang bertanya bila berkolaborasi dengan team Pretty In Plus dalam fotografi Pose Like Supermodel by Bobong Latif pada 31 Julai ini, apakah ianya eksklusif untuk model dan talent plus size sahaja?
.
Jawapan saya mudah . Tidak. Fotografi ini terbuka untuk sesiapa juga, seperti fotografi lain yang saya buat. Cuma kali ini majalah Stailista diberi mandat untuk berkolaborasi dengan team Pretty In Plus.
.
Saya namakan Pose Like Supermodel by Bobong Latif ini ada sebabnya. Sahabat baik dan jurugambar tersohor Bobong Latif dari AnBstudio Bobong Latif sudah lama terlibat dengan saya dalam fotografi muka depan majalah Stailista dan beliau ada skil tersendiri bagaimana mencantikkan gambar dan memberi wajah baharu kepada talent dan model tanpa mengira siapa anda. Dalam erti kata lain Bobong Latif melayan dan membentuk semua model dan talent sama rata. Tiada pilih kasih.
.
Justeru itu rebutlah peluang ini untuk menimba pengalaman sebagai model dan talent secara fotografi profesional dengan bimbingan Bobong Latif dan Stailista-Glamz sendiri. Kali ini saya telah memberi info kepada beliau konsep Supermodel yang perlu untuk tema fotografi kali ini. Sekaligus dimuatkan di dalam ruangan fesyen majalah Stailista.
.
Ayuh, book slot anda sekarang. Tempat terhad . Siapa dulu dia dapat. Siapa lambat kena tunggu fotografi seterusnya.✌️
.
.
Presiden Stailista Glamz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart