SKATER GIRL – IMPIAN MENJADI LUAR BIASA
.
Skater Girl membawa saya menyelami sebuah kehidupan di India yang masih mengekalkan tradisi dan budaya yang kukuh. Wanita masih dianggap golongan kedua , kasta tidak mungkin menyatukan Cinta. Namun ada perkara yang tidak boleh dipinggirkan – Impian .
.
Impian untuk keluar dari kebiasaan dan mencabar diri ke destinasi yang sering dimonopoli golongan lelaki adalah intipati Skater Girl . Prerna( Rachel Saanchita Gupta) berjaya menyentuh hati saya sebagai remaja yang tersepit dengan tradisi. Dia ingin meneroka impian baharu sebagai skater namun banyak sekali halangan terutama bila dipaksa berkahwin pada hari yang sepatutnya dia bertanding di gelanggang skate.
.
Skater Girl sebuah filem yang memberi inspirasi dan motivasi. Tontonlah untuk memberi kesedaran pada diri bahawa dalam hidup ini kita perlu ambil Risiko untuk berjaya.
.
Empat Bintang untuk Skater Girl yang berjaya mencuri masa saya di saat saya lebih teruja dengan filem dan drama Korea. 







.
.
Editor Stailista
President Stailista-Glamz