POLICE UNIVERSITY – INSPIRASI

.
POLICE UNIVERSITY – SEBUAH INSPIRASI
.
Kita sebenarnya kurang dengan cerita kadet polis atau seumpamanya. Berbanding siri drama Korea yang pelbagai, sewajarnya kita juga perlu banyak cerita tentang jerih perih pasukan perintis sebegini. Selain menjadi pengajaran dan inspirasi, ianya mendedahkan tentang kehidupan pelatih pasukan uniform ini.
.
Meskipun Police University difiksyen dengan pelbagai kisah namun yang menariknya nilai persahabatan yang ditunjukkan sesama pelatih. Akhirnya bagaimana agenda hidup kita , semuanya akan berbalik kepada kejujuran, sikap berdaya saing serta menegakkan kebenaran adalah tunggak pasukan uniform. Tiada kompromi untuk sesuatu yang memudaratkan.
.
Police University seronok ditonton lebih-lebih lagi semua pelakon menjiwai watak masing-masing. Sehinggakan kita seperti berada di Dunia mereka. 4 Bintang untuk Police University 🌹🌹🌹🌹
.
.
#StailistaGlamz2022
#netflix
#policeujiversity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart