LELAKI DI SEBALIK PELANGI

LELAKI DI SEBALIK … 😎
.
Insya-Allah novel ke 10 saya , LELAKI DI SEBALIK PELANGI akan dikombokan bersama majalah Stailista pada September ini. 💝
.
Ini adalah kerana saya ingin meraikan kemunculan masterpiece yang saya simpan lebih 15 tahun. Novel ini adalah inspirasi daripada pengakuan kisah benar. Ianya bukan fantasi saya tetapi ianya kisah realiti.
.
Justeru September ini jugalah kepada pembeli kombo novel dan majalah Stailista nanti, saya akan memberikan cabutan bertuah dengan hadiah utama RM500 dan 10 orang lagi RM100 kepada pembeli bertuah. Inilah cara saya berterima kasih kepada sokongan ramai terhadap Stailista dan novel saya selama ini. Januari 2023 , himpunan puisi saya , AKU, LELAKI DAN RINDU pula akan menyusul membuka 2023. 🌹🥰💝
.
Ayuh, tunggu kemunculan kombo eksklusif ini bersama edisi terkini majalah Stailista yang buat julung-julung kalinya legenda negara nombor satu menjadi covernya. Siapa dia? Tunggu…
.
.
Maka pada Jumaat seribu rahmat ini saya panjatkan doa agar segala perancangan untuk kombo September 2022 akan dipermudahkan. Ameen💝
.
.
Ikhlas …
President Stailista-Glamz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart